Wed05222013

Last update02:52:41 AM GMT

HEWI PMRAM

Guru Pencorak Generasi Berwawasan

  • PDF

Para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Generasi muda yang hebat adalah hasil didikan seorang insan mulia bernama guru. Guru merupakan insan yang banyak mengorbankan hari-hari  hidupnya demi melihat  generasi muda menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.  Guru diumpamakan seperti lilin membakar diri demi menerangi orang lain walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah dan ujian, namun insan ini tetap teguh berdiri.

Sesungguhnya jasa insan yang bergelar guru ini terlalu besar di sisi masyarakat apatah lagi pada pandangan Allah SWT sehingga Allah mengiktiraf ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan kepada penuntut ilmu merupakan salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya selama mana diamalkan seperti sabda Nabi SAW:


 
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Dalam menyusuri sirah agung, Nabi Muhammmad SAW sendiri merupakan seorang guru dalam melaksanakan  tugas kerasulan  bagi memastikan Islam itu tersebar ke seluruh alam. Baginda SAW merupakan seorang pendidik cemerlang yang telah membentuk para sahabat RA dan pemimpin hebat seperti Khulafa’ Ar-Rasyidin RA, Abdul Rahman bin Auf RA, Saad bin Abi Waqas RA dan sebagainya. Firman Allah Taala :


 
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”


 [Al Jum’ah -2]

Bersempena Hari Guru yang bertemakan  ‘Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda’, barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan Selamat Hari Gurukepada seluruh tenaga pendidik khususnya di tanah air. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan para guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa.

"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"

Nur Ainah Binti Ramli

Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Mela yu Republik Arab Mesir 2013

Kes Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun : HEWI PMRAM Desak Keselamatan Negara Dipertingkatkan

  • PDF

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah melabuhkan tirainya maka, bermulalah tampuk kepimpinan baru tanah air kita dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik. Kehangatannya masih dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada detik 5 Mei yang lalu. Namun, rakyat Malaysia hari ini tidak terus sepi daripada kes-kes jenayah yang kian berleluasa. Hari demi hari pelbagai kes sering dimuatkan di dada-dada akhbar yang telah membimbangkan banyak pihak. Apakah punca berlakunya demoralisasi dalam kalangan masyarakat pada masa ini? Apakah tiada jalan penyelesaian untuk menanganinya

Semalam, sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai telah dirogol. Mangsa bernama  Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi jam 10.30 malam waktu Malaysia.
 
Ini bukanlah kes asing dalam kalangan kita. Jika diimbas kembali beberapa tahun yang lalu, kes yang sama telah menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin  dan adik Nurul Nadhirah. Ini adalah pembunuhan kejam yang dilakukan kepada kanak-kanak. Insan yang suci dari noda dan nista menjadi buruan manusia bertopengkan syaitan.
 
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa diatas musibah ini. Kes sebegini perlu diambil cakna dan dipandang serius sebagai satu masalah  besar oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, tanggungjawab ini tidak hanya dipikul oleh ibu bapa sahaja malah menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat.
 
Islam menggariskan tatacara hidup yang harmoni berlandaskan syariat yang sebenar. Ianya sesuai mengikut zaman dan fitrah naluri manusia .Budaya hidup songsang yang bertentangan pasti dapat diatasi apabila Islam diaplikasikan dalam seluruh aspek kehidupan. Keindahan Islam hanya akan dapat dirasai dan dinikmati sekiranya ajaran Islam itu diamalkan secara keseluruhan dalam segenap ruang kehidupan.
 
Justeru, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM mengharapkan pihak kerajaan memandang serius perkara ini seterusnya menyelesaikan mengikut piawaian undang-undang Islam. Perhatian dan kecaknaan pihak yang terlibat akan memberikan sinar yang baru malah kekuatan kepada keluarga mangsa dalam berhadapan dengan masalah ini.
 

"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"

Siti Sarah Binti Bushari

Timbalan Pengerusi
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013

Direktori Kepimpinan HEWI PMRAM 2012

  • PDF

 

TIMBALAN PENGERUSI HEWI

Siti Sarah Binti Bushari

+20111 2286882

 timbalanperngerusihewi@pmram.org

NAIB PENGERUSI HEWI I

(Ketua Unit Perancang & Panitia)

Nurul Safinas Binti Mohajir

+20111 6035328

 naibpengerusihewi-I@pmram.org

NAIB PENGERUSI HEWI II

(Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan)

Mardhiah Binti Nordin

+20111 7187341

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

NAIB PENGERUSI HEWI III

(Ketua Unit Muhafazah)

Siti Hajar Aishah Binti Sakdon

+20114 6797851

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

SETIAUSAHA HEWI

Intan Soraya Binti Hashim

+20115 9287343

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI

Nurul Auni Amirah Binti Mohamad Yassin

+20115 2487824

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

NAIB SETIAUSAHA HEWI

(Ketua Unit Pendaftaran)

Salsabila Binti Hashim

+20114 2808261

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

BENDAHARI HEWI

Wan Hanan Binti Wan Hassan

+20112 2438492

 bendahari This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT KEBAJIKAN

Wan Husnul Amni Binti Wan Mohamed @ Adnan

+20114 7738709

 kebajikan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA

Nur Ainah Binti Ramli

+20111 9866137

 pendidikan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN

Wan Nur Amirah Binti Wan Yusoff

+20114 7855309

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN

Nurul Su'aidah Binti Abdul Hannan

+20111 1558874

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT EKONOMI

Nazuha Binti Mohd Suhimi

+20111 9786761

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT SAMBUTAN & REHLAH

Farah Haziqah Binti Mohd Harun

+20114 7657389

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KETUA UNIT KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN KEMASYARAKATAN

Nurul Izzati Binti Rohani

+20111 7099143

  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Kekuatan Jasmani Dan Rohani Wasilah Generasi Mumtaz

  • PDF

Bulan Mei menjadi saksi imtihan fasa 2 yang mula menjengah seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil. Maka, bermulalah sesi ujian fizikal dan rohani   bagi mahasisiwa/wi samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan. Ujian fizikal penjagaan kesihatan ialah semasa imtihan, manakala ujian rohani menghadapi nafsu semasa musim panas.

Tidak diragukan lagi, setiap musim memiliki banyak kelebihannya tersendiri. Begitu juga pada musim panas ini  di mana buah-buahan pelbagai rasa boleh diperolehi serta dapat menikmati kehangatan sinar matahari dan keindahan laut. Allah SWT mengurniakan rahmatNya kepada kita dengan menjamin keberlangsungan kelebihan tersebut di dalam hidup kita.
Dalam salah satu ayat al-Quran, Allah SWT telah berfirman :
 
إِن فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering) dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."


 (QS Al-Baqarah : 164)

Namun, terkadang udara panas membuat kita kurang konsentrasi ketika belajar, maka persiapan imtihan haruslah dilakukan awal agar fokus dapat diberi dengan baik untuk setiap subjek. Serangan nafsu malas yang melanda rata-rata mahasiswa/wi boleh menjadi barah apabila tidak dibentengi dengan mujahadah tinggi lebih-lebih lagi pada ketika ini. Namun, pepatah Melayu menyebuthendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jadi, ukurlah diri sejauh mana keinginan kita untuk menggenggam kecemerlangan dengan menghadapi ujian nafsu ini.
 
Ketahuilah wahai para pejuang agama Allah, orang yang cemerlang akan menjaga rohani dan fizikal dirinya terutama semasa fatrah imtihan berlangsung. Kesihatan diri tidak dipandang enteng semata-mata ingin meraih mumtaz. Ini kerana anggota fizikal yang menggerakkan anggota batin. Persediaan dan semangat berimtihan kadang-kadang boleh merencatkan jika tubuh badan kita lemah dan sakit. Implikasinya amat besar kepada diri dan orang di sekitar kita. Benarlah kata pepatah Arab : 

" العقل السليم في الجسم السليم "

“ Akal yang sihat berada pada tubuh yang sihat ”

Oleh itu, antara tips yang boleh dilakukan adalah :


  1. Cari tempat belajar yang sesuai dan menenangkan seperti di masjid dan taman.
  2. Jaga kesihatan, tidur awal sebelum jam 12 malam dan bangun sebelum subuh agar badan sentiasa segar untuk mengulangkaji pelajaran. 
  3. Banyakkan minum air mineral dan makan buah-buahan. Air mineral dan buah-buahan berfungsi sebagai pelawas sistem badan dan amat kaya dengan vitamin yang membantu mengembalikan jumlah cecair di dalam tubuh badan kita terutama semasa berpeluh.
  4. Jumlah tidur yang cukup amat diperlukan semasa musim panas kerana tubuh akan lebih letih akibat kehilangan banyak tenaga badan.
  5. Jika sebelum ini kita sering melakukan olahraga atau latihan berat, maka untuk musim ini cukup sekadar kita bersenaman ringan sahaja agar nutrisi badan dapat diseimbangkan.
  6. Jangan lupa berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan juga kemudahan dalam menghadapi imtihan, mintalah doa dari ibu bapa, keluarga, sahabat dan pensyarah kuliah kerana mereka adalah wasilah penguat kita. Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan juga dengan orang sekeliling kita.

Konklusinya, mari kita hayati dan ambil pengajaran dari sabda Rasulullah SAW bermaksud : Dua nikmat yang manusia sering terpedaya padanya iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan. Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Ayuh bersama kita tingkatkan prestasi diri kita dalam mencapai kecemerlangan agar menjadi insan yang dimuliakan Allah dan bermanfaat buat umat Islam seluruhnya.


 “JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”

Tahniah Di Atas Kelahiran Permata Sulung

  • PDF

ISKANDARIAH, 22 April 2013 - Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM telah melawat seorang cahaya mata milik sepasang pelajar perubatan Iskandariah baru-baru ini. Seorang bayi comel telah selamat dilahirkan secara normal pada 15 April lalu, jam 5.30 petang di Hospital Salama, Daerah Samoha, Iskandariah

Bayi yang seberat 3.35 kg itu telah diberi nama Ulfah Zahra’ bt Muhammad Haris Fadillah dan dilaporkan sihat sepenuhnya. Rombongan ziarah yang diketuai oleh Naib Pengerusi HEWI II, Saudari Mardhiah bt Nordin telah selamat tiba di rumah pasangan tersebut selepas maghrib. Nur Amahirah Bt Hassan Zaki beserta suami, kedua-duanya merupakan pelajar perubatan tahun 6 yang berasal dari Kelantan, menyambut baik kehadiran rombongan HEWI PMRAM dengan senyuman gembira jelas terpancar di wajah mereka.
 
Antara HEWI yang kunjung bersama ialah dua orang HEWI Angkat PMRAM Cawangan Iskandariah, Saudari Salsabila bt Hashim dan Saudari Nurul Izzati bt Rohani. Turut serta ialah Pengerusi DPM Iskandariah sesi 2012/2013, Saudari Nur Amnani Faten bt Paiman dan Timbalan Pengerusi DPMI sesi 2012/2013, Saudari Nor Azila bt Mamat. Sesi ziarah berakhir dengan pemberian sedikit sumbangan wang dan cenderahati yang disampaikan oleh HEWI angkat DPMI kepada keluarga tersebut.
 
Barisan kepimpinan PMRAM 2013 mengucapkan sekalung tahniah di atas kelahiran sulung pasangan Nur Amahirah bt Hassan Zaki beserta suami. Diharap kunjungan ini mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara pelajar sains kesihatan dan pimpinan.
 
“Mudah-mudahan keluarga ini bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT melalui zuriat baru yang bakal menjadi pelapis ummah harapan Islam.” ujar Saudari Mardhiah bt Nordin selaku Naib Pengerusi II HEWI PMRAM 2013.
 
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}