KAHERAH, 30 MAC 2013 - Perjalanan PMRAM kini sudah mencecah usia 83 tahun maka selama tempoh tersebut pelbagai cabaran dan suka duka ditempuhi oleh pimpinan serta pendokong PMRAM sekian lama.
Health
Hak PMRAM "ARMA" Bakal Direalisasikan
- 31 March 2013
- PMRAM
Pengumuman Tawaquf Program Setiap Peringkat
- 07 November 2012
- PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sentiasa memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam sama ada dalam bentuk pendidikan dan seumpamanya.
Jalan Dakwah Jalan Anbia
- 07 July 2012
- PMRAM

Jalan Dakwah Asas Kemenangan Umat Islam
Utusan Malaysia Perlu Bertindak Matang
- 02 May 2012
- PMRAM

Akhbar adalah teman setia bagi golongan marahen dalam sesebuah negara. Ianya sebuah jambatan dalam menyebarkan segala isu yang sedang melanda. Justeru akhbar perlu dikemudikan dengan sebaik-baiknya agar ianya bukan bersifat tangkap muat, fitnah, penghasutan dan provokasi yang boleh mencetuskan suasana huru-hara dalam negara.
Isu ARMA dan Penghantaran Mahasiswa Dibangkitkan Semula
- 29 March 2013
- PMRAM
KHAMIS, 28 Mac 2013 - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013 telah mengadakan kunjung hormat bersama TYT Dato Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti Duta Besar Malaysia ke Kaherah bertempat di bangunan kedutaan Malaysia di Mohandiseen .
Kunjungan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi dengan taaruf ringkas daripada pimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2013, Yang Dipertua serta Pengerusi PMRAM Cawangan. Antara agenda dibincangkan ketika pertemuan tersebut adalah berkaitan :
1. Usaha mendapatkan kembali Hak PMRAM di Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA).
2. Isu penghantaran mahasiswa Malaysia ke muhafazah.
3. Isu keselamatan pelajar Malaysia di Mesir
4. Isu tanah perkuburan Malaysia di Mesir
5. Isu kebajikan ahli
Dalam pertemuan tersebut, saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Presiden PMRAM 2013 telah mengemukakan permohonan dan cadangan susulan khususnya permasalahan berkaitan mendapatkan kembali hak PMRAM di ARMA dan isu penghantaran semula mahasiswa ke muhafazah. Selain itu juga, peringkat PMRAM cawangan yang diwakili oleh Pengerusi dan Yang Dipertua PMRAM Cawangan turut mengutarakan beberapa aduan dan cadangan penyelesaian berkaitan isu-isu yang dibincangkan.
“Kedutaan menyambut baik usaha dan kerjasama yang telah dilakukan oleh PMRAM bagi membantu menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir, dan semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.” kata TYT Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Bin Abdul Mukti.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah saudara Abd Mun’im Abd Sukor Yang Dipertua PMRAM Cawangan Selangor, saudara Mohd Zahani Abdul Ghani, Yang Dipertua PMRAM Cawangan Terengganu, Mohd Firdaus Syaharuddin Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta dan Mohd Sobri Mat Yaacob Pengerusi PMRAM Cawangan Zaqaziq. Pertemuan tersebut diakhir dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada TYT Dato Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti , Duta Besar Malaysia ke Kaherah.
Menurut saudara Abdul Aziz Bin Ali, “PMRAM sentiasa bersedia memberi kerjasama yang terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku demi kepentingan anak-anak Malaysia di sini.” katanya ketika pertemuan tersebut.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
Kebangkitan Ideologi Mempertahankan Islam.
- 09 July 2012
- PMRAM

Dewasa kini, dunia dapat melihat siri-siri kebangkitan manusia dalam kesedaran untuk mempertahankan Islam. Gelombang ini merupakan satu petanda baik untuk membuka mata dunia bahawa Islam semakin dekat di hati manusia. Bukan sekadar agama sahaja bahkan merangkumi gaya hidup dan budaya masyarakat.
Kesinambungan Agenda Tarbiyah
- 02 July 2012
- PMRAM

INSPIRASI : Bukti Keprihatinan Anak Muda Pada Negara
- 25 April 2012
- PMRAM

Penubuhan Inspirasi anak Muda Malaysia atau singkatannya INSPIRASI yang telah dilancarkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada 25 Mac yang lepas merupakan suatu perkara yang cukup positif. Penubuhan ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya kesedaran dalam diri anak muda khususnya mahasiswa dalam mengemukakan pandangan, lontaran idea dan buah fikiran bagi membantu proses pembangunan negara supaya berlaku dengan baik berdasarkan kepada prinsip keadilan sejagat dan selaras dengan tuntutan syarak.
Dunia Memandang Hina Kebangkitan Rakyat Di Syria : Dr. Muhammad Khir Abdul Hadi
- 24 March 2013
- PMRAM
Umat Islam di Syria telah dihalau dari tanah air mereka semenjak tahun 80-an lagi apabila rejim Hafiz Al-Asad ketika itu menggubal undang-undang yang
termaktub dalam perlembagaan negara bahawa mereka yang didapati terlibat dengan gerakan Ikhwan Muslimin akan dihukum mati sama ada lelaki atau wanita, muda atau tua, membawa senjata atau tidak.
Demikian dijelaskan oleh Timbalan Penyelaras Umum Revolusi Syria di Mesir, Dr.Muhammad Khairullah Abdul Hadi dalam Himpunan dan Solat Hajat Perdana Semarak Syria di Dataran Hayyu 'Asyir 21 Mac lalu. Beliau yang telah 20 tahun menetap di Kaherah telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan dari Mesir yang merupakan Pensyarah Usul Fiqh Universiti Al-Azhar Lil Banat, Kaherah.
Dr.Khair berkata, akibat undang-undang kejam yang diluluskan itu, rejim Syria telah melakukan operasi ketenteraan di wilayah Hama pada tahun 1982 yang membunuh lebih 47,000 penduduk dan diikuti operasi-operasi yang lain.
Beliau turut mendedahkan pengkhianatan Iran dan Hizbullah yang membantu sepenuhnya rejim Syria hari ini.
"Iran sejak 1983, seperti yang diumumkan pemimpin tertinggi mereka ketika itu, Ayatullah Khomeini untuk mewujudkan sebuah empayar kekuasaan bermula dari Algeria hingga Azerbijan."
Beliau mendedahkan kenyataan seorang pegawai tertinggi tentera Amerika, kenapakah Iran dan Iraq diserahkan kepada golongan Syiah, jelasnya kerana Syiah tidak mahu membebaskan Al-Aqsa sementara Sunni bercita-cita demikian.
Beliau turut mendedahkan pendirian dunia yang menyebelahi rejim khasnya pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang memandang kebangkitan rakyat Syria sesuatu yang menghinakan.
"Ini kerana mereka semua mempunyai kepentingan masing-masing." Ujar beliau yang begitu yakin saat kejatuhan rejim Basyar kian hampir.
"KITA PMRAM"
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"


