Wed05222013

Last update02:52:41 AM GMT

PENGUMUMAN

Info Dan Maklumat Terkini Aktiviti Serta Program PMRAM

Panduan Permohonan Melanjutkan Pengajian (Pengajian Islam) Di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir

Memandangkan ramai kalangan pelajar-pelajar Malaysia khususnya  pelajar lepasan STAM yang masih kabur tentang permohonan untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengajian Islam  di Timur Tengah khususnya di Mesir .Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengambil inisiatif  memberikan sedikit panduan sebagai satu pencerahan bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran di sini.

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  1. Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
  2. Lulus Imtihan Qabul (IQ)
  3. Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun

 

PERMOHONAN

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di laman web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) :

1) http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/panduan%20ke%20luar%20negara.php

2) http://eputra.com/permohonan-pengajian-di-universiti-di-timur-tengah-sesi-2013-2014/  .

Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro TatanegaraBorang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut;


Pengarah Bahagian Education Malaysia 
Jabatan Pengajian Tinggi 
Kementerian Pengajian Tinggi 
Aras 4 No 2, Menara 2, 
Jalan P5/6, Presint
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.

 

TARIKH TUTUP

Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

Semoga dengan sedikit panduan pencerahan daripada pihak kami ini dapat membantu mereka yang berkeinginan untuk melanjutkan pengajian di bumi Anbiya ini.

 

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

Ahmad Shahrir Bin Alias

Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa

Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir (PMRAM) 2013

Pengumuman Tarikh Muzakarah Berkelompok Amali Peringkat PMRAM 2013

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAMadalah persatuan yang menitik beratkan agenda pentarbiahan dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah

Justerukesinambungan agenda pentarbiahan ini telah disusun dengan penuh sistematik dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan, khususnya aktiviti mingguan setiap hari Jumaat iaitu perlaksanaan muzakarah berkelompok di setiap peringkat.

Muzakarah Berkelompok Amali di peringkat PMRAM akan dijalankan bermula pada 12 April 2013 bersamaan hari Jumaat. Ini disebabkan tarikh peperiksaan semester kedua Universiti Al-Azhar di seluruh cawangan yang dijangka akan bermula akhir bulan Mei ini.

Perlaksanaan Muzakarah Berkelompok di setiap peringkat tetap diteruskan.Diingatkan kepada semua fasilitator di peringkat PMRAM Cawangan agar cakna dalam  melaksanakan muzakarah berkelompok walaupun berada dalam fatrah peperiksaan.

 

“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

 

Ahmad Bin Ja’afar

Naib Presiden 1

Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013

Pengumuman Tawaquf Program Setiap Peringkat

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sentiasa memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam sama ada dalam bentuk pendidikan dan seumpamanya.

 
Melihatkan kepada tarikh peperiksaan pada semester kedua Universiti Al-Azhar  bermula sekitar akhir bulan Mei, PMRAM telah menetapkan dibawah Timbalan Presiden merangkap Lajnah Perancang dan Panitia Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013 tarikh tawaquf program untuk setiap seluruh cawangan pada 7 April 2013.
 
Ini kerana memberi laluan kepada mahasiswa Islam untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan fasa dua tidak lama lagi.
 
Hanya aktiviti yang berbentuk akademik sahaja boleh diadakan sebagai membantu ahli seperti kelas tutorial , ceramah motivasi dan sebagainya.
 
Sejajar dengan usul PMRAM 2013 iaitu " Pemantapan Akademik dan Bahasa Arab" sekaligus menunjukkan keperluan dalam melahirkan intelektual mahasiswa dan mahasiswi bukan sekadar cemerlang rohani tetapi turut sama berusaha memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang.
 
 
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
 
 
Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri
Timbalan Presiden
Ketua Lajnah Perancang & Panitia
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM 2013

BP dan HEWI ANGKAT PMRAM Cawangan 2013

 

BADAN PENGURUS ANGKAT PMRAM CAWANGAN 2013

 

 BIL

 NAMA BADAN PENGURUS

 BKAN

 DPM

 1.

 ABDUL AZIZ BIN ALI

 NEGERI SEMBILAN /

 KEDAH

 ISKANDARIAH

 2.

 NUR AHMAD WAFIY BIN NOOR AZRI

 SELANGOR / PAHANG

 MANSURAH

 3.

 AHMAD BIN JA'AFAR

 WILAYAH PERSEKUTUAN /         

 TERENGGANU

 TANTA

 4.

 MUHAMMAD SYAZWAN BIN HAMZAH

 SELANGOR / MELAKA

 -

 5.

 MUHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN

 PERLIS / JOHOR

 DAMANHUR

 6.

 MUHAMMAD AL-AMIN BIN HAJI SALEH

 PERAK / PULAU PINANG

 DUMYAT

 7.

 HANIFULFUAD BIN HUSSIN

 KUALA LUMPUR /   

 TERENGGANU

 DUMYAT

 8.

 MUHAMMAD MU'AAZ BIN RAMLI

 MELAKA / PERLIS

 ZAQAZIQ

 9.

 AHMAD QUTAIBAH BIN MOHAMED

 KELANTAN / JOHOR

 ZAQAZIQ

 10.

 AHMAD SHAHRIR BIN ALIAS

 KEDAH / PAHANG

 SHOUBRA

 11.

 MUHAMMAD NAQIB BIN MOHD BAKHUDIN

 PAHANG / KELANTAN

 MANSURAH

 12.

 MUHAMMAD SALIHIN BIN ABDULLAH

 PERAK / PULAU PINANG

 DAMANHUR

 13.

 MUHAMMAD ADIL BIN MUHAMMAD FADZIL

 KELANTAN / JOHOR

 SHOUBRA

 14.

 MUHAMMAD AMRI BIN OUMA

 SELANGOR / MELAKA

 TANTA

 15.

 AHMAD ANAS BIN CHE YUSOF

 NEGERI SEMBILAN /  

 KEDAH

 MANSURAH

 

HEWI ANGKAT PMRAM CAWANGAN 2013

 

 BIL

 NAMA HEWI

 BKAN

 DPM

 1.

 SITI SARAH  BINTI BUSHARI

 NEGERI SEMBILAN /  

 PAHANG

 -

 2.

 NURUL SAFINAS BINTI MOHAJIR

 KUALA LUMPUR /  

 TERENGGANU

 -

 3.

 MARDHIAH BINTI NORDIN

 PULAU PINANG/ KEDAH

 -

 4.

 SITI HAJAR AISYAH BINTI SAKDON

 JOHOR

 -

 5.

 INTAN SORAYA BINTI HASHIM

 KELANTAN / MELAKA

 -

 6.

 NURUL AUNI AMIRAH BINTI MOHAMAD YASSIN

 MELAKA / KELANTAN

 -

 7.

 SALSABILAH BINTI HASHIM

 PERAK / PAHANG

 ISKANDARIAH

 8.

 WAN HANAN BINTI WAN HASAN

 KUALA LUMPUR /  

 TERENGGANU

 TANTA

 9.

 WAN HUSNUL AMNI BINTI WAN MOHAMED @  

 ADNAN

 KEDAH / PERLIS

 TANTA

 10.

 NUR AINAH BINTI RAMLI

 SELANGOR

-

 11.

 WAN NUR AMIRAH BINTI WAN YUSOFF

 JOHOR / PULAU PINANG

MANSURAH

 12.

 NURUL SU'AIDAH BINTI ABDUL HANNAN

 PERAK / PAHANG

 ZAQAZIQ

 13.

 NAZUHA BINTI MOHD SUHIMI

 JOHOR / SELANGOR

 ZAQAZIQ

 14.

 FARAH HAZIQAH BINTI MOHD HARUN

 SELANGOR

 MANSURAH

 15.

 NURUL IZZATI BINTI ROHANI

 KEDAH / MELAKA

 ISKANDARIAH

Anggota Penasihat PMRAM 2013

IKHWAH

1. Ahmad Baihaki Bin Rashid

2. Ahmad Huzaifah Bin Fauzi

4. Nik Rosdi Bin Nik Jusoh

4. Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim

 

AKHAWAT

1. Norhashima Binti Majid

2. Siti Fathiyyah Binti Mohd Razi

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}