Mon05202013

Last update02:52:41 AM GMT

MINDA HEWI

Guru Pencorak Generasi Berwawasan

  • PDF

Para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Generasi muda yang hebat adalah hasil didikan seorang insan mulia bernama guru. Guru merupakan insan yang banyak mengorbankan hari-hari  hidupnya demi melihat  generasi muda menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.  Guru diumpamakan seperti lilin membakar diri demi menerangi orang lain walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah dan ujian, namun insan ini tetap teguh berdiri.

Sesungguhnya jasa insan yang bergelar guru ini terlalu besar di sisi masyarakat apatah lagi pada pandangan Allah SWT sehingga Allah mengiktiraf ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan kepada penuntut ilmu merupakan salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya selama mana diamalkan seperti sabda Nabi SAW:


 
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Dalam menyusuri sirah agung, Nabi Muhammmad SAW sendiri merupakan seorang guru dalam melaksanakan  tugas kerasulan  bagi memastikan Islam itu tersebar ke seluruh alam. Baginda SAW merupakan seorang pendidik cemerlang yang telah membentuk para sahabat RA dan pemimpin hebat seperti Khulafa’ Ar-Rasyidin RA, Abdul Rahman bin Auf RA, Saad bin Abi Waqas RA dan sebagainya. Firman Allah Taala :


 
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”


 [Al Jum’ah -2]

Bersempena Hari Guru yang bertemakan  ‘Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda’, barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan Selamat Hari Gurukepada seluruh tenaga pendidik khususnya di tanah air. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan para guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa.

"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"

Nur Ainah Binti Ramli

Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Mela yu Republik Arab Mesir 2013

Kekuatan Jasmani Dan Rohani Wasilah Generasi Mumtaz

  • PDF

Bulan Mei menjadi saksi imtihan fasa 2 yang mula menjengah seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil. Maka, bermulalah sesi ujian fizikal dan rohani   bagi mahasisiwa/wi samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan. Ujian fizikal penjagaan kesihatan ialah semasa imtihan, manakala ujian rohani menghadapi nafsu semasa musim panas.

Tidak diragukan lagi, setiap musim memiliki banyak kelebihannya tersendiri. Begitu juga pada musim panas ini  di mana buah-buahan pelbagai rasa boleh diperolehi serta dapat menikmati kehangatan sinar matahari dan keindahan laut. Allah SWT mengurniakan rahmatNya kepada kita dengan menjamin keberlangsungan kelebihan tersebut di dalam hidup kita.
Dalam salah satu ayat al-Quran, Allah SWT telah berfirman :
 
إِن فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering) dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."


 (QS Al-Baqarah : 164)

Namun, terkadang udara panas membuat kita kurang konsentrasi ketika belajar, maka persiapan imtihan haruslah dilakukan awal agar fokus dapat diberi dengan baik untuk setiap subjek. Serangan nafsu malas yang melanda rata-rata mahasiswa/wi boleh menjadi barah apabila tidak dibentengi dengan mujahadah tinggi lebih-lebih lagi pada ketika ini. Namun, pepatah Melayu menyebuthendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jadi, ukurlah diri sejauh mana keinginan kita untuk menggenggam kecemerlangan dengan menghadapi ujian nafsu ini.
 
Ketahuilah wahai para pejuang agama Allah, orang yang cemerlang akan menjaga rohani dan fizikal dirinya terutama semasa fatrah imtihan berlangsung. Kesihatan diri tidak dipandang enteng semata-mata ingin meraih mumtaz. Ini kerana anggota fizikal yang menggerakkan anggota batin. Persediaan dan semangat berimtihan kadang-kadang boleh merencatkan jika tubuh badan kita lemah dan sakit. Implikasinya amat besar kepada diri dan orang di sekitar kita. Benarlah kata pepatah Arab : 

" العقل السليم في الجسم السليم "

“ Akal yang sihat berada pada tubuh yang sihat ”

Oleh itu, antara tips yang boleh dilakukan adalah :


  1. Cari tempat belajar yang sesuai dan menenangkan seperti di masjid dan taman.
  2. Jaga kesihatan, tidur awal sebelum jam 12 malam dan bangun sebelum subuh agar badan sentiasa segar untuk mengulangkaji pelajaran. 
  3. Banyakkan minum air mineral dan makan buah-buahan. Air mineral dan buah-buahan berfungsi sebagai pelawas sistem badan dan amat kaya dengan vitamin yang membantu mengembalikan jumlah cecair di dalam tubuh badan kita terutama semasa berpeluh.
  4. Jumlah tidur yang cukup amat diperlukan semasa musim panas kerana tubuh akan lebih letih akibat kehilangan banyak tenaga badan.
  5. Jika sebelum ini kita sering melakukan olahraga atau latihan berat, maka untuk musim ini cukup sekadar kita bersenaman ringan sahaja agar nutrisi badan dapat diseimbangkan.
  6. Jangan lupa berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan juga kemudahan dalam menghadapi imtihan, mintalah doa dari ibu bapa, keluarga, sahabat dan pensyarah kuliah kerana mereka adalah wasilah penguat kita. Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah SWT dan juga dengan orang sekeliling kita.

Konklusinya, mari kita hayati dan ambil pengajaran dari sabda Rasulullah SAW bermaksud : Dua nikmat yang manusia sering terpedaya padanya iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan. Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Ayuh bersama kita tingkatkan prestasi diri kita dalam mencapai kecemerlangan agar menjadi insan yang dimuliakan Allah dan bermanfaat buat umat Islam seluruhnya.


 “JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”

Rejab : Kematangan Menyusun Strategi

  • PDF

Kedatangan bulan Rejab suatu penantian bagi seluruh umat Islam. Rejab merupakan bulan persediaan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadan yang memerlukan kepada persediaan mental dan fizikal.

Penghijrahan pertama para sahabat Baginda Muhammad SAW ke Habsyah (Ethiopia) yang berlaku pada bulan Rejab memberi  sinar  baru kepada Islam untuk bertapak malah meluaskan jajahan penyebarannya. Islam tidak hanya disebarkan di Bumi Makkah semata-mata bahkan Islam turut disampaikan ke seluruh pelosok dunia. Islam bukan untuk masyarakat Makkah sahaja tetapi Islam merupakan agama seluruh umat.

Kita dapat melihat kekentalan dan ketabahan para Sahabat RA menyampaikan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat Jahiliyah di bumi Makkah sehingga ditohmah, dicaci, diherdik, dimaki oleh puak Quraisy Makkah ketika itu.  Mereka tetap teguh di atas landasan yang benar dan tidak sesekali berundur untuk berpaling dari gerak kerja Islam.

Sekalipun golongan muslimin ditindas oleh puak Quraisy namun, mereka tetap bersabar sehinggakan Nabi Muhammad SAW memasang strategi dan mengarah mereka untuk berhijrah ke bumi Habsyah yang bertujuan mencari perlindungan keselamatan. Ini mengajar kita apabila Islam ditekan sebenarnya kita masih mempunyai peluang untuk meneruskan lagi kesinambungan gerak kerja Islam. Agama Islam tidak mudah terhenti apabila menerima ancaman dan penindasan malah menjadi kuat tatkala golongan yang membenci Islam berusaha sedaya upaya untuk menghapuskannya.
 
Allah SWT mengurniakan bulan Rejab ini kepada hambanya untuk mencari keampunan dan kerahmatan. Oleh yang demikian, Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir  mengharapkan kepada seluruh mahasiwa-mahasiswi di perlembahan Nil mengambil kesempatan semasa berada di bulan yang mulia ini untuk memanfaatkan sebaik mungkin bagi mengetuk pintu rahmat-Nya dengan memperbanyakkan bertaubat dan amalan kepada Allah SWT. Umat Islam yang bijak adalah mereka yang mengambil pengajaran dari peristiwa lampau dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.

 

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

 

“JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”

Mardhiah Binti Nordin

Naib Pengerusi Hewi II

(Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)

Hal Ehwal Wanita Islam

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013

Genjatan Nafsu Pemangkin Kecemerlangan Mahasiswi

  • PDF

Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap insan yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Namun, bagi  mengenggam kecemerlangan ini banyak langkah yang perlu dilaksanakan demi merealisasikan sebuah impian murni. Di ambang peperiksaan, ramai yang telah bertungkus -lumus menyusun jadual, menghadiri kelas, study group, tidak kurang juga yang berjaga malam demi menghabiskan silibus –silibus yang ditetapkan dan pelbagai usaha lain lagi.

Namun, sedang giat mengulangkaji di saat- saat akhir peperiksaanada gelombang besar yang seringkali melanda mahasiswa dan mahasiswi iaitu gelombang nafsu yang sentiasa mengajak diri kita ke arah kejahatan.
 
Firman Allah Taala :
 
 وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّى إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِندِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ
اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءهُمْ
 
Dan di antara mereka ada yang mendengarkan perkataanmu tapi tidak mengacuhkannya. Sehingga manakala mereka keluar dari tempatmu, mereka bertanya kepada orang-orang yang telah dapat ilmu : "Apakah yang dikatakannya tadi?" Itulah orang-orang yang telah ditutup mata hatinya oleh Allah. Mereka menuruti segala keinginan nafsunya.[Surah  Muhammad : 16 ]
 
Perasaan malas, menangguhkan ulangkaji pelajaran hingga ke hari – hari terakhir peperiksaan merupakan tabiat paling bahaya sekiranya tidak ditangkis dengan bijak. Ditambah pula dengan musim panas yang baru menampakkan sinarnya menjadikan mahasiswa lebih cenderung untuk memperuntukkan waktu mereka mengikut kehendak kesukaan jiwa mereka sendiri seperti tidur, menonton drama, bermain game dan lain –lain.
 
Akhirnya ingatlah wahai pemudi harapan negara sekalian, bahawa nafsu buruk yang menjelma dalam diri kita adalah merupakan bisikan – bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan ketelinga anak adam tidak lain tujuannnya adalah untuk membinasakan kita. Didiklah dan bawalah nafsu kita kearah kebaikan sepertimana usaha seorang ibu dengan bersusah payah mendidik anaknya untuk menjadi orang yang berguna.
 
Barisan kepimpinan HEWI PMRAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswi samada pengajian Islam, qiraat dan sains kesihatan yang berada di  perlembahan Nil.  Diharapkan mahasiswi dapat melakukan perubahan baru ke arah yang lebih baik. Ingatlah bahawa kita boleh untuk meraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita tetapi untuk meraikan sifat malas merupakan satu keaiban yang besar bagi seorang penuntut ilmu. Kejayaan tidak akan dicapai dengan usaha yang sekadar melepaskan batuk ditangga, tetapi memerlukan pengorbanan yang amat tinggi bagi merealisasikan impian ini.
 
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"
 
Nur Ainah Bt Ramli
Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Hal Ehwal Wanita Islam 
Persekutuan Mela yu Republik Arab Mesir 2013

Membentuk Mahasiswi Bertaqwa

  • PDF

Tarbiah dalam erti kata yang sebenar membawa maksud latihan pendidikan untuk melengkapkan seseorang individu muslim dengan segala aspek kekuatan fizikalrohani,  emosi, sosial,  intelek dan kemahiran. Malah ia juga mampu melahirkan mahasiswi yang mempunyai jati diri yang teguh mengikut acuan dan kehendak Islam. Tarbiah yang berlandaskan kefahaman dan semangat akan melahirkan individu muslim yang sanggup berkorban demi Islam tercinta.

Sirah perjuangan Rasulullah SAW bersama para sahabat r.a. membuktikan kepada kita bahawa perasaan cintakan Islam telah melahirkan jundullah yang sepenuhnya meletakkan Islam sebagai matlamat utama. Jiwa mereka suci dari sebarang noda dan jenayah-jenayah khurafat. Pendirian yang teguh di atas landasan Islam memberi sinar bercahaya kepada seluruh umat Islam agar agama Islam ini perlu disemat dan ditanam sepenuhnya dalam jiwa.
 
Justeru itu,  di peringkat PMRAM sentiasa menitikberatkan syakhsiah Islamiyah melalui medium tarbiah khusus kepada seluruh mahasiswi. Antara medium yang disediakan di peringkat PMRAM adalah Muzakarah Berkelompok,  Kolokium Ilmuan,  Biah Solehah,  Hisbah dan pelbagai lagi bentuk-bentuk tarbiah. Medium-medium ini merupakan medium yang terbaik bagi melaksanakan agenda-agenda tarbiah serta meningkatkan lagi intergriti diri.
 
Sekiranya kita serius dalam menjayakan agenda Muzakarah Berkelompok maka ia akan memberi pulangan yang lumayan dan hasil yang dapat menjana pemikiran dan syakhsiah. Mahasiswi Islam juga perlu bertanggugjawab dan cakna dengan suasana sekeliling agar mampu mewujudkan biah solehah yang baik.
 
Kerjasama dan komitmen dari semua PMRAM Cawangan mahupun ahli perlu dijalin bersama agar gerak kerja Islam ini mencapai matlamat yang tertinggi. Ini kerana Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Tarbiah dan amal merupakan elemen terpenting dalam melahirkan mahasiswi bertaqwa di samping pergantungan kepada Allah SWT perlu diletakkan di puncak tertinggi dalam menjalankan agenda besar ini.
 
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"
 
Mardhiah Binti Nordin
Naib Pengerusi HEWI II
(Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)
Hal Ehwal Wanita Islam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}