
Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal dengan akta pilihan raya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ), diharap soal jawab di bawah dapat membantu.
Apakah itu Akta Pilihan Raya ?
Bagi memastikan setiap gerak kerja pilihan raya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar, sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut.
Secara asasnya, setiap pendakwaan itu mesti terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
Apa fungsi akta pilihan raya ini ?
Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:
• Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
• Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
• Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981
• Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
• Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.
Kenapa terlalu banyak akta pilihan raya ini ?
Bukan banyak, tapi mengikut sususan selepas digubal dan dipinda.
Siapakah yang layak mengundi ?
Mereka yang layak mengundi ialah, :
1- Seorang warganegara Malaysia
2- Telah mencapai umur 21 tahun.
3- Bermastautin di bahagian pilihanraya yang ingin didaftarkan.
4- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Saya sekarang umur 22 tahun, adakah boleh terus mengundi di tempat saya ?
Tidak boleh.
Anda perlu mendaftar dahulu sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya.
Untuk panduan,
sila ke laman ini.
Jika saya berada di luar negara bagaimana?
Daftar pemilih ada kategori tertentu. Ada daftar pemilih biasa, dan ada daftar pemilih Pengundi Tidak Hadir (PTH). Daftar pemilih biasa mereka yang cukup syarat sebagai pengundi dan daftar untuk menjadi pengundi.
PTH pula untuk mereka tidak ada di tempat mengundi tetapi ingin mengundi, Contohnya mereka yang berada di luar negara. Undi akan di Pos, atau sedia maklum dengan Undi Pos.
Maksudnya, saya perlu memohon untuk mendaftar sebagai PTH dahulu baru dapat mengundi ?
Ya. Dan mereka yang sebelum ini tidak pernah mendaftar sebagai pengundi, perlu mendaftar dahulu sebagai pengundi, setelah itu baru dapat mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Bagaimana pula syarat kelayakan untuk memohon sebagai PTH?
Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Saya sekarang di luar negara, perlu daftar dengan siapa dan bagaimana teknikalnya ?
SPR telah mengeluarkan kenyataan rasmi di web mereka bahawa mereka telah melantik setiap perwakilan di luar negara untuk menguruskan pendaftaran pengundi di luar negara. perwakilan atau wakil di sini bermaksud Kedutaan, konsulat rasmi, pesuruhjaya tinggi dan sewaktu dengannya.
Anda perlu mengisi dan menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang
berikut;
a) melalui emel kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
; atau
b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
c) melalui pos ke alamat;
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Bilakah tempoh permohonan mengundi secara pos diterima?
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa
Isteri saya menetap di sini sementara tunggu saya habis belajar, bolehkah dia mendaftar sebagai PTH ?
Ya, boleh. Isteri kepada pelajar sepenuh masa atau kakitangan kerajaan yang berada di luar negara boleh untuk berdaftar sebagai PTH.
Di tempat saya belajar sekarang ini, tidak ada sebarang iklan atau hebahan maklumat mengenai PTH ?
SPR telah menyatakan bahawa perwakilan untuk menguruskan hal tersebut telah dilantik,
lampiran perwakilan mengikut negara boleh lihat di sini.
Boleh atau tidak sekiranya selepas mendaftar PTH, kemudian pada pilihan raya seterusnya saya terus mengundi di Malaysia?
Tidak boleh. Selepas daftar PTH di luar negara, anda perlu menukar dahulu kepada daftar pemilih biasa setelah pulang ke Malaysia.
Saya akan pulang ke Malaysia, dan barangkali tidak sempat untuk mengundi di luar negara. Apa yang saya perlu buat ?
Sebaiknya, kalau tidak sempat untuk daftar PTH, buat urusan Daftar Pemilih sahaja. Sekurang-kurangnya, bila tiba di Malaysia anda boleh terus mengundi jika masih berkesempatan.