Wed05222013

Last update02:52:41 AM GMT

Kejohanan Piala Malaysia 2013 PMRAM Selesai Beraksi

16 Februari 2013 --Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2013 dengan bertemakan Satu Piala Satu Perjuangan. Kejohanan ini dikelolakan oleh Badan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (BKKS) PMRAM 2012.

Kejohananini telah berlansung selama tiga hari, iaitu pada 10-12 Februari baru-baru ini. Kejohanan yang melibatkan kesemua PMRAM Cawangan (BKAN dan DPM) ini  telah diadakan di padang Tajamuk Awwal

Kejohanan Piala Malaysia 2013 pada kali ini disertai 24 pasukan termasuk daripada Perubatan, Maahad Buuth, Sabah dan Sarawal. Pembukaan tirai kejohanan bola sepak ini dimulai dengan perlawanan persahabatan antara Badan Pengurus PMRAM menentang pasukan YDP/Pengerusi PMRAM Cawangan.

Kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2013 menyaksikan pasukan DPM Mansurah dan BKAN Pahang berjaya mara ke peringkat akhir. Aksi demi aksi di perlawanan akhir Piala Malaysia telah menghasilkan keputusan 3-0 sekaligus menjadikan pasukan Mansurah sebagai juara Piala Malaysia 2013.

Penutup tirai Piala Malaysia diisi dengan Majlis Penutup dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz Bin Ali.

"Kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2013 yang dianjurkan oleh PMRAM bukan sekadar untuk menyaksikan aksi kejar-mengejar bola dipadang semata-mata, siapa hebat dan siapa juaraakan tetapi matlamat yang lebih utama adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan kasih sayang sesama kita." ujar Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah, pengarah kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2013 dan juga Ketua Badan KesenianKebudayaan dan Sukan (BKKSPMRAM 2012.

Tambah beliau "Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pasukan kerana melibatkan diri dalam kejohanan ini, semua penyokong yang hadir memberikan sokongan, serta urusetia yang berpenat lelah menjayakannya."

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}