Sat05182013

Last update02:52:41 AM GMT

Rehlah Syitaa’ Ke Aswan Bersama Syeikh Asyraf Al Husaini

KAHERAH, 5 Januari 2013 -- Rehlah Syitaa’ ke Aswan merupakan rehlah yang julung kalinya diadakan pada tahun ini di bawah kelolaan Badan Sambutan dan Rehlah PMRAMdengan kerjasama Fadhilatul Syeikh Asyraf Bin Abdul Hamid Al Husaini. Beliau merupakan imam dan khatib di Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah.

Rehlah yang bermula pada 26 Januari sehingga 2 Februari 2013 tersebut disertai seramai 68 orang peserta daripada pelbagai negeri termasuklah beberapa orang daripada Singapura dan Negeri Fathani.

Para peserta mula berkumpul di Masjid Syeikh Soleh Jaafari sekitar jam 6 malam seterusnya taklimat ringkas yang disampaikan oleh ketua rombongan Al Fadhil Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim yang juga salah seorang penasihat PMRAM sesi 2012.
 
Rombongan mula bertolak ke Aswan pada jam 9.30 malam dan tiba di sana pada malam keesokannya. Sebelum tiba ke Aswan, para peserta sempat menziarahi maqam seorang wali Allah, Syeikh Ali Abul Hassan Al Syazili r.a di daerah Humaira. Di bandar Aswan, para peserta di tempatkan di asrama pelajar di Madinah Nasr, Hayyu ‘Aqad.
 
Selain daripada mengikuti hadhrah sempena Maulid Nabi SAW dan Maulid Syeikh Soleh Jaafari r.a pada setiap malam, para peserta juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Aswan. Antaranya, perkampungan Jabal Taquq, perkampungan Niobi, bersampan di Sungai Nil, menziarahi perkampungan Syeikh Asyraf dan Pasar Besar Aswan.
 
Ketika berada di perkampungan Jabal Taquq, para peserta berkesempatan berkenalan dengan salah seorang murid kanan Syeikh Soleh Jaafari r.a iaitu Syeikh Abu Bakar ibnu Abdul Rahman, penyusun kitab Alhajjul Ghali Fi Ahkam Al Hajji Wal Umrah. Beliau sempat berkongsi cerita saat beliau mula-mula bertemu dengan Syeikh Solah Jaafari r.a, pengasas Tarikat Jaafariah Ahmadiah Muhammadiah ketika berkunjung ke Kota Kaherah bersama beberapa orang sahabat beliau.
 
Kehidupan mereka agak berbeza dengan penduduk di Kota Kaherah. Masyarakat masih lagi mengamalkan tatasusila yang sopan, menghormati antara satu sama lain, meraikan para pengunjung dengan layanan yang baik, sekaligus menjadikan  mereka mudah didekati dan mesra silaturrahim.
 
Harapan PMRAM semoga peserta Rehlah Syitaa ke Aswan pada kali ini mendapat pengalaman dan faedah yang berguna untuk dicontohi dan diamalkan dalam kehidupan mereka.

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}