Tue05212013

Last update02:52:41 AM GMT

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H PMRAM Disambut Baik

KAHERAH, 24 Jan 2013Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1434 H sempena  memperingati kelahiran insan mulia Nabi Muhammad SAW pada 24 Januari 2013 baru-baru ini. Program ini dikelolakan oleh Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012.

Program yang diadakan di dataran Hayyu Asyir bermula selepas solat maghrib ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada seluruh mahasiswa mahasiswi PMRAM Cawangan, bahkan siswa siswi daripada jurusan sains kesihatan juga berpusu-pusu menghadirinya.
 
Sambutan Maulidur Rasul ini buat julung kalinya PMRAM menampilkan Prof. Dr Muhammad 'Imarahseorang tokoh pemikir Islam Antarabangsa. Beliau  juga  merupakan salah seorang anggota panel penggubal perlembagaan baru Mesir, Anggota Penyelidikan Islam Al-Azhar dan ketua editor Majalah Al-Azhar.
 
Tajuk yang dikupas pada malam tersebut dipetik daripada salah satu kitab karangan beliau sendiri  iaitu  محمد (ص) الرسول السياسي  (Nabi Muhammad SAW : Utusan Pemimpin Politik) telah menarik minat para hadirin. Turut diundang pada program tersebut saudara Usman al-Amani bin Azlan sebagai penterjemah. Beliau adalah Ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan, Dewan Perwakilan Mahasiswa-mahasiswi Mansurah (DPMM).
 
Dr Muhammad Imarah, antara fokus penting dalam ucapan beliau telah menegaskan bahawa perkara yang thabit dan usul dalam Islam tidak boleh dicanggah dan diubah manakala perkara furu (cabang) dalam Islam boleh berubah dan variasi dalam proses pelaksanaannya berdasarkan kesesuaian keadaan masa dan tempat. Oleh itu, keadilan, menolak kezaliman, nasihat kepada kebaikan, mencegah daripada perbuatan maksiat adalah perkara yang usul dalam agama, maka ianya tidak akan terlaksana sekiranya tiada sebuah Daulah Islamiah (kerajaan Islam) yang mentadbirnya.
 
“Dalam dunia yang serba moden dan kian mencabar kini, mahasiswa Islam seharusnya tidak terpengaruh dengan aliran-aliran sesat yang tumbuh bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ dan tetap pendirian dalam  menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon utama  dalam memimpin ummah dan negara pada masa akan datang” ujar saudara Abdul Aziz Ali, Presiden PMRAM.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat PMRAM tahun ni berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan penterjemah daripada Presiden PMRAM 2012 sekitar jam 9.40 malam.

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}