Thu05232013

Last update02:52:41 AM GMT

Kejayaan Hakiki

  • PDF

''Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya berjayalah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185) 

Barangsiapa yang taat Allah SWT dan RasulNya maka dia telah berjaya dengan sebenar-benar kejayaanKetaatan kepada Allah SWT hanya akan berjaya sekiranya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ibadah dengan cara lain tidak ada kejayaan, begitu juga dalam urusan akhlak, perhubungan sesama manusia, kehidupan bermasyarakat, dakwah dan pentadbiran negara sekalipun hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulallah SAW ada jaminan kejayaan di dunia dan di akhirat. Begitu juga dengan urusan menuntut ilmu
 
Sehebat manapun keputusan peperiksaan kita, namun tiada jaminan kejayaan dari Allah SWT pada kehidupan dunia apatah lagi di akhirat. Seteliti mana manusia memandang cara yang ditunjukkan oleh Rasullallah SAW, pasti ada kejayaan dunia dan akhirat. Kerana sesiapa yang mentaati perintah Allah SWT, mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW, dia berjaya dengan kejayaan yang sebenar.
 
Sebagai contoh sekiranya kita semua menganggap kejayaan di dalam peperiksaan adalah kejayaan yang sebenar, maka itu adalah tanggapan yang amat salah, kerana peperiksaan hanyalah satu bentuk pengujian minda bukan untuk menguji iman.
 
Kita sebagai seorang mahasiswa Islam yang secara umumnya memahami tujuan manusia diutuskan ke muka bumi ini, tidak seharusnya mengejar kejayaan dunia semata-mata, akan tetapi kita perlulah berusaha untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat, dan ianya tidak dapat tidak perlulah dengan mendalami ilmu.
 
Sebagaimana sabda Rasulallah SAW yang bermaksud : ''dan barang siapa yang menginginkan dunia hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang menginginkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu''.
 
Berada di bumi Mesir ini adalah satu bonus kepada kita semua untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu, kerana telah terbukti di bumi anbia ini telah melahirkan ramai ulama dan fuqaha yang hebat mewarisi para nabi
 
Justeru, selama mana kita masih berada di bumi barakah ini sama-samalah kita gunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu. Bertepatan dengan tema yang dibawa PMRAM pada tahun ini ''Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan'', manakala tema HEWI PMRAM pada tahun ini adalah ''Julang Keilmuan Jana Keizzahan''. Bersamalah kita menyahut cabaran untuk memartabat dan menjulang ilmu bersesuaian dengan kedudukannya.
 
''Julang Keilmuan Jana Keizzahan''
''Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan''
 
Nurlida Binti Kelima
Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan
HEWI PMRAM 2012

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}