Sun05192013

Last update02:52:41 AM GMT

Kisah ARMA Kembali Dalam Versi Berbeza

  • PDF

Selama berpencak di pementasan duniamahasiswa PMRAM terus diuji dengan pelbagai cabaran dan ujian yang tidak putus menyapa sama ada sunyi mahupun terang.

Kita hayati kembali sejarah ARMA suatu ketika dahulu yang pernah membangkitkan semangat ahli PMRAM untuk terus mempertahankan hak daripada diperjudikan dengan agenda tertentu.
 
Tahun 1992 merupakan perintis pergolakkan yang berlaku terhadap PMRAM apabila menerima satu notis yang dihantar kepada PMRAM untuk mengosongkan ruangan Pejabat PMRAM di ARMA tanpa sebarang sebab yang dinyatakan.
 
Dalam notis bertarikh 16 Mac 1992, telah dinyatakan tempoh untuk mengosongkan Pejabat PMRAM berkuatkuasa 7 hari selepas tarikh notis tersebut dikeluarkan. Jika difikirkan secara rasionalmana mungkin mampu mencari premis yang baru dalam tempoh sangat singkat tambahan pula tidak dinyatakan sebab notis tersebut dikeluarkan.
 
Kini sejarah berulang kembali kepada BKPJM apabila beberapa siri penindasan dan kezaliman mahasiswa diperlakukan dengan rakus tanpa ada ruang perbincangan daripada kedua-dua pihak.
 
Oleh kerana kuasa yang dimilikisegala hak dan maruah mahasiswa diperlakukan dengan begitu prejudis. Realiti yang dilalui kini oleh BKPJM, pernah PMRAM hadapi satu ketika dahulu cuma watak dan suasananya berbeza.
 
Pada tahun 1993 pula sekali lagi notis dikeluarkan untuk mengosongkan Pejabat HEWI PMRAM di tingkat 1, Asrama Puteri Abbasiah yang bertarikh 13 Oktober 1993. Dengan tujuan kemasukan penghuni yang semakin bertambah tanpa memberikan ruangan lain sebagai alternatif sebaliknya memberikan tempoh 7 hari untuk mengosongkan ruangan pejabat.
 
Sehingga kini peristiwa ini akan tetap diingati kerana hak PMRAM telah dinafikan sebaliknya telah cuba dilenyapkan dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
 
Tragedi dan perencanaan ini kini berlaku pada anak-anak Johor apabila beberapa tindakan yang telah diambil antaranya mengunci Dewan Asrama Pelajar Johor di Rabaah. Tidak cukup dengan tindakan tersebut kini diberikan notis untuk keluar daripada Asrama Rumah Johor dengan tempoh yang singkat . Seramai 41 orang anak-anak Johor telah diperlakukan tindakan sebegini.
 
Satu hakikat yang tidak pernah berubah adalah biarpun pelbagai perancangan telah disusun dengan kuasa yang ada , suatu masa nanti kuasa Allah SWT pasti akan terzahir juga. Mahasiswa Islam hari ini perlu sedar , tiada siapa yang rela hak dan maruah mereka ditindas dengan tanpa sekelumit belas dan ihsan.
 
Sejarah ARMA kembali dengan versi yang berbeza namun satu kepastian mahasiswa tetap menjadi mangsa kerakusan dalam memenuhi kehendak mereka.
 
" Hayati Sejarah Pertahankan Maruah "
 
Zulhafeez bin Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden 
Lajnah Perancang & Panitia
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}