Sat05252013

Last update06:39:34 PM GMT

BKJPM Diberi Arahan Mengosongkan Pejabat

  • PDF
KAHERAH, 13 Julai 2012 -- Setelah pertemuan diadakan dengan pihak Pengurus Rumah Johor Mesir Tuan Hj Mohd Maulan Asmoni berkenaan isu campak borang pada 3 Julai yang lalu, pihak Pengurus Rumah Johor telah mengeluarkan surat pada tarikh yang sama dengan arahan supaya mengosongkan pejabat rasmi BKPJM.
 
Arahan mengosongkan pejabat tersebut adalah atas cadangan pihak Pejabat Pengurus Asrama untuk pembesaran pejabat pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor di Mesir dengan penambahan beberapa orang pegawai.
 
Justeru, pihak BKPJM melalui Yang DiPertua BKPJM, Saudara Muhammad Yazid Hanzir telah mengeluarkan surat balas menyatakan tidak bersetuju untuk mengosongkan pejabat rasmi di Rumah Johor, Haiyyu Thamin.
 
BKPJM merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi seluruh anak-anak Johor yang menuntut di bumi Mesir dan telah berdaftar secara rasmi dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
 
Pejabat BKPJM yang sedia ada ini telah diperakui keberadaannya oleh Kerajaan Negeri, MAIJ, dan YPJ kerana BKPJM turut menyumbang dalam usaha mendapatkan tanah dan bangunan rumah Johor tersebut.
 
Namun pada tarikh 10 Julai 2012 pihak pengurus rumah Johor sekali lagi mengeluarkan surat yang memaklumkan bahawa arahan mengosongkan pejabat BKPJM adalah muktamad.
 
“BKPJM akan tetap mempertahankan pejabat rasminya di Rumah Johor kerana ia merupakan kemestian untuk BKPJM bergerak. BKPJM turut mengharapkan sokongan dan dokongan semua pihak khususnya ahli BKPJM dalam usaha mempertahankan hak dan keberadaan BKPJM di Rumah Johor. Kita tidak mahu tragedi hitam PMRAM dihalau keluar dari ARMA kembali berulang” Ujar Yang DiPertua BKPJM Saudara Muhammad Yazid Hanzir.

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}