Thu05232013

Last update02:52:41 AM GMT

MAQAZ & BKPJM Gesa Pegawai Terlibat Memohon Maaf Secara Terbuka

  • PDF
Islam menganggap fitnah sebagai satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah SWT seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
 
“Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan”. (al-Baqarah: 191)
 
Mahasiswa Shoubra dan Johor baru sahaja ditimpa kesedihan akibat berita kematian mengejut arwah Abdul  Khafiz Mohamed Norok. Dalam kepedihan menerima berita ini, ditimpa pula kesedihan kerana fitnah yang menimpa arwah. Ibarat luka yang masih berdarah, dicurah pula minyak yang panas.
 
Kami di peringkat Shoubra dan Johor melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan beberapa blogger dan seorang Pegawai Rumah Negeri yang telah menfitnah arwah tanpa bukti dan analisis yang kukuh tentang berita dan kronologi kematian arwah.
 
Antara fitnah yang dilemparkan kepada arwah ialah :
- Menghadiri program bersama Gerakan Suara Rakyat (SUARA)
- Menjadi anggota Unit Amal semasa program
 
Sebagaimana dinyatakan di
http://perjalanankudibumianbiya.blogspot.com/2012/07/pmram-sedekahkan-rm-5o-k-kepada-pmram.html
http://www.papagomo.com/2012/07/hadi-awang-pas-menghisap-darah.html
 
Di sini dilampirkan kronologi sebenar sekitar tragedi Allahyarham Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok
 
Kronologi Tragedi Allahyarham Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok
 
Mangsa menghadiri majlis re-union AQRAB Shoubra 2012 yang diadakan di rumah Saudara Shahrul Ramadhan, ‘Abud pada tarikh 10 Julai 2012. Lebih kurang 25 orang mahasiswa terlibat dalam majlis tersebut. (AQRAB merupakan singkatan nama pelajar lepasan Diploma Darul Quran JAKIM tahun 2006-2009).
 
10 Julai 2012
08.00 malam : Kehadiran sahabat-sahabat AQRAB Shoubra ke majlis.
10.00 malam : Majlis bermula.
11.00 malam : Jamuan berakhir, hampir keseluruhan tetamu yang hadir beransur pulang ke rumah masing-masing.
 
11 Julai 2012
12.30 malam : Allahyarham Abdul Khafiz dan Saudara Muhaimin Yahya keluar dari rumah tersebut dan menuju ke perhentian pengangkutan awam dan bercadang untuk pulang. Setelah beberapa ketika, mereka mendapati terdapat sebuah tremco (bas mini) untuk dinaiki. Terdapat beberapa penumpang yang didalam tremco tersebut antaranya dua wanita dewasa beserta seorang bayi dan tiga lelaki (termasuk pemandu) warga arab. Ketika tiba di Muzallat, dua orang wanita beserta bayi tersebut turun dan meninggalkan mereka di dalam tremco tersebut.
01.10 pagi : Saudara Muhaimin menghubungi Saudara Hafizi Ramli dan Saudara Safuan Zainudin mengatakan bahawa mereka cuba dirompak.
01.25 pagi : Saudara Hafizi Ramli memaklumkan kejadian tersebut kepada Saudara Mohammad Naim Abd Rahim, Pengerusi PMRAM Cawangan Shoubra (MAQAZ) berkenaan perkara tersebut.
01.30 pagi : Pengerusi DPM menghubungi Saudara Mokhzani (penghuni di ‘Abud) untuk meninjau keadaan sekitar ‘Abud sekiranya mereka masih berlegar di kawasan tersebut.

Kejadian di dalam tremco.

Pemandu tremco menukar laluan asal ke laluan yang lain. Pada masa yang sama, seorang lelaki arab yang berada di sebelah pemandu mengacu pisau ke arah saudara Muhaimin. Manakala seorang lagi yang berada di tempat duduk belakang berpindah kedudukannya ke bahagian tempat duduk bersebelahan Allahyarham. Setelah berlaku detik-detik cemas dalam tremco, lelaki yang berada di sebelah Allahyarham berpindah ke tempat asal di bahagian belakang
 
Dalam keadaan panik dan ingin menyelamatkan diri, Allahyarham terus membuka pintu dan terjun ke luar dalam keadaan tremco masih bergerak laju. Setelah melihat situasi tersebut, pemandu tremco tersebut memperlahankan kelajuan kenderaan itu. Melihatkan keadaan itu, Saudara Muhaimin mengambil peluang untuk turut menyelamatkan diri dengan terjun keluar daripada tremco
 
Saudara Muhaimin bergegas mendapatkan sahabatnya yang pada ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepala yang berlumuran darah. Saudara Muhaimin cuba meminta bantuan dan berkebetulan pada ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan tersebut dan berhenti membantu mereka. Kemudian, ambulans dihubungi dengan bantuan polis tersebut.
 
01.45 pagi : Saudara MuhaiminAllahyarham dan beberapa sahabat yang lain berada di Hospital Maahad NasirKhalafawi.
02.00 pagi : Pengerusi dan Ketua Unit KebudayaanKesenian dan Sukan (UKKSDPM Shoubra tiba di hospital.
 
Situasi di Hospital Maahad Nasir (02.00 - 04.15 pagi
 
Setelah dilakukan X-ray badan dan kepala, doktor menjahit luka Allahyarham di kepala. Doktor mengesahkan bahawa keadaan Allahyarham parah dan kritikal. Allahyarham terpaksa dipindahkan ke hospital lain (Hospital Qasr el-Aini,Sayyeda Zainab) disebabkan kekurangan peralatan. Tetapi malangnya, setelah dihubungi, mereka mengatakan bahawa wad kecemasan penuh pada ketika itu. Lalu doktor mencadangkan agar Allahyarham dipindahkan ke Hospital Amal,Masakin ‘Ain Syams.
 
04.15 pagi : Allahyarham ditemani beberapa orang rakan menuju ke Hospital AmalMasakin Ain Syam dengan menaiki ambulans.
04.45 pagi : Tiba di hospital dan terus ke wad kecemasanBayaran pendahuluan sebanyak LE 3,000.00.
07.30 pagi : YDP dan Setiausaha Agung PMRAM Cawangan Johor (BKPJMtiba di hospital dan dibenarkan melihat Allahyarham yang ketika itu sedang koma.
09.00 pagi : Naib Presiden III (Lajnah Kebajikan & KemanusiaanPMRAMSaudara Ahmad Huzaifah Fauzi tiba di hospital.
10.00 pagi : Pegawai EME, En. Aswandi Bin LamanPengurus Rumah Johor MesirTn HjMohd Maulan Bin Asmoni tiba dan menziarahi mangsa.
04.00 petang : Doktor melakukan pemeriksaan dalam waktu lawatan.
05.00 petang : Pelawat dibenarkan masuk ke wad dan didapati Allahyarham diberikan alat bantuan pernafasan.
 
Selepas maghrib : Para pelawat tidak dibenarkan berada di dalam hospital dan ruang menunggu dengan arahan pihak hospital.
 
12 Julai 2012
02.00 pagi : Pihak hospital mengesahkan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah.
06.00 pagi : Pihak hospital menghubungi Timbalan Setiausaha PMRAM Cawangan Shoubra, Saudara Muaz Ab Halim tetapi panggilan tidak dijawab
08.00 pagi : Sekali lagi Saudara Muaz Abdul Halim dan Saudara Azim Azni dihubungi untuk dimaklumkan berkenaan berita kematian.
11.00 pagi : Para pelawat memenuhi ruang hospital dan jenazah diuruskan (tasrihmandikafan dan lain-lain).
03.30 petang : Jenazah dibawa menuju ke Dataran Hayyu ‘Asyir untuk Solat Jenazah
04.15 petang : Tiba di Dataran Hayyu ‘Asyir dan Solat JenazahSolat Jenazah diimamkan oleh Syeikh Muhammad Abdun Nabi (Pensyarah Maahad Qiraat al-Azhar).
04.30 petang : Bergerak ke tanah perkuburan Malaysia di Kaherah dan menyelesaikan proses pengkebumian jenazah.
 
Justeru, kami sekali lagi di peringkat PMRAM Cawangan Shoubra dan Johor melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan beberapa blogger dan seorang Pegawai Rumah Negeri yang telah menfitnah arwah tanpa bukti dan analisis yang kukuh tentang berita kematian arwah. Pihak kami juga menggesa pihak terbabit memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham di atas fitnah yang telah disebarkan.
 
Ingatlah bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Dosa dengan Allah boleh dimohon ampun tetapi dosa fitnah  terhadap manusia lain  belum tentu terangkat melainkan mangsa sendiri yang memaafkannya.
 
Mohammad Naim bin Abd Rahim
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZShoubra 2011/2012
 
Muhammad Yazid Bin Hanzir
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 2011/2012

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}