Sun05192013

Last update02:52:41 AM GMT

Jenazah Allahyarham Abdul Khafiz Mohamed Norok Selamat Dikebumikan

KAHERAH,12 JULAI - Jenazah Allahyarham Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia, sri Keledanag, Hayyu Asyir pada jam 5.00 petang tadi. Beliau yang disahkan meninggal dunia pada jam 2.00 pagi tadi (12 Julai) di Hospital Amal, Ain Shams, Kaherah selepas mengalami pendarahan dan kecederaan yang serius di bahagian kepala ekoran terjun daripada van yang sedang laju bergerak. Namun berita kematiannya dimaklumkan oleh pihak hospital kepada pada pihak PMRAM Cawangan Shoubra jam 6.00 pagi.

Tragedi itu berlaku malam kelmarin sejurus selesai mengadakan majlis perpisahan bersama sahabat-sahabatnya di Abud. Beliau dan salah seorang sahabatnya yang lain dikhabarkan pulang ke rumahnya di Shoubra jam 1.30 pagi. Dalam perjalanan menaiki van beliau telah diacukan pisau dileher oleh seorang warga Arab Mesir dan bergelut melepaskan diri sebelum nekad mengambil keputusan untuk terjun menyelamatkan diri daripada van yang dinaikinya itu.
 
Ekoran daripada peristiwa tersebut mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Maahad Nasir sebelum dipindahkan ke Hospital Amal, Ain Shams dan disahkan meninggal dunia di sana selepas mengalami koma sehari.
 
Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali dan Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi merangkap Ketua Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM bergegas ke hospital tersebut sejurus menerima berita kematian mangsa daripada Pengerusi PMRAM Cawangan Shoubra, Saudara Mohd Naim Abdul Rahim kira-kira jam 10.00 pagi.
 
Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah selesai dilakukan di Hospital Amal. Jenazah dibawa ke Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir dan disembahyangkan di sana oleh hampir 300 orang mahasiswa Malaysia pada jam 4.00 petang. Turut hadir adalah pegawai-pegawai KBMK, EME, dan wakil delegasi rombongan Kerajaan Negeri Kelantan. Sejurus selepas itu, jenazah dibawa dan dikebumikan di Perkuburan Hayyu 'Asyir tepat jam 5.00 petang.
 
Arwah merupakan mahasiswa tahun tiga yang menuntut di Maahad Qiraat Shoubra dan bakal menamatkan pengajian beliau pada tahun ini. Beliau adalah anak kelahiran negeri Johor dan seorang yang peramah serta suka membantu kawan-kawan yang lain dalam memastikan kecemerlangan akademik.
 
"PMRAM mengucapakan ribuan terima kasih kepada seluruh mereka yang telah membantu proses pengkebumian jenazah Saudara Abdul Khafiz terutama pegawai-pegawai KBMK, EME dan seluruh warga PMRAM Cawangan Shoubra dan mahasiwa malaysia umumnya. Mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama dengan golongan para nabi, syuhada dan orang-orang soleh. Mahasiswa juga dinasihatkan agar lebih berwaspada terutama apabila keluar pada waktu malam". Ujar Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz bin Ali sejurus selesai urusan pengkebumian jenazah.

Ulasan Buku

Realiti Gelombang Aura MAHASISWA & Hak Kita: "ARMA"

Hasil pengkajian sejarah PMRAM yang telah bertapak semenjak tahun 1930 dan telah mencapai 8 dasawarsa, begitu juga ARMA yang mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri.

Pembacaan terbaik bagi mencetuskan kembali sensitiviti kemahasiswaan dalam kalangan ahli PMRAM yang kini ia semakin dipandang sepi. Juga terdapat beberapa peristiwa mengenai realiti hak mahasiswa Islam, begitu juga hak PMRAM ke atas ARMA yang sekian lama dinafikan haknya. Ingatlah kerana "JASA MEREKA HAK KITA". Panduan terbaik untuk mengetahui sejarah konflik PMRAM, ARMA dan BKAN-BKAN.

{alt}