• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama

PMRAM 80 Tahun MERENTAS USIA


bannerusmb.jpg

banner ramadan.png


Tajuk Utama
  • Play
  • Previous
  • Next
1/10
Progam Penghayatan Ramadhan Melabuhkan Tirai

zaqaziq13.jpgZAQAZIQ, 7 September - Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan barakahNya Majlis Penutup bagi Program Penghayatan Ramadhan 1431 yang telah berjalan sepanjang Ramadan kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini bermula dengan iftor jama'ie selepas solat maghrib dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Al-Fadhil Us Mohd Zainullah Mohd Pauzi.

Read more
 
PMRAM
klcc-reka.jpg Raikan Aidilfitri Bersama PMRAM KAHERAH, 6 September - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dibawah anjuran Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM akan mengadakan Haflah Aidilfitri HATI ’10 PMRAM bertemakan “ Aidilfitri Dirai Ukhuwah Dipatri” yang bertempat di Dataran Haiyyu Asyir pada 18 September 2010 bersamaan 9 Syawal 1431H. Program yang berkonsepkan Raya Ala Kampung ini bertujuan  menghimpunkan seluruh mahasi...
HEWI
ramadan2010.jpgAlhamdulillah segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mentadbir semesta alam ini. Hari-hari yang dilalui dari sepuluh malam yang pertama hingga menjelang malam yang terakhir, kita masih lagi diberi peluang olehnya untuk menunaikan kewajipan kita kepada yang Esa.

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya maka akan menangisilah hamba-hamba yang sentiasa merinduinya, namun disebalik pemergiannya itu sejauh manakah amalan serta pengabdian kita kepada yang Esa. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima segala amalan puasa kita di bulan ini. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan ini seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan al-Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

Tirai Ramadhan Hampir Berlabuh
 
DPM
dpm.jpgTANTA, 28 Ogos - “Tak Kenal Maka Tak Cinta” itulah pepatah melayu yang selalu diungkapkan bagi seseorang individu atau mungkin juga diguna pakai dalam sesuatu program suai kenal antara dua pihak.

Maka bertepatanlah dengan ungkapan tersebut dengan program yang dianjurkan oleh DPMT malam tadi iaitu Malam Interaksi Pimpinan 2010 (MANTAP ’10).

Malam Interaksi Pimpinan Tanta Tujuan dianjurkan program tersebut adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah di antara pimpinan dan juga ahli Tanta serta mengenali pimpinan lebih dekat lagi.
BKAN
muka-hadapan-jaridat.jpg Takziah Buat Saudara Mohd Yusoff Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir mengucapkan takziah buat Saudara Mohd Yusoff bin Awang Besar (Abe Sof Kantin ARMA) atas pemergian Isteri (Allahyarhamah Norliza binti Ishak) dan anak (Allahyarham Amirul Ayman) kerahmatullah.
 
Lain-Lain
zakat.jpgIslam mewajibkan zakat kepada semua umat Islam yang berkemampuan mengikut beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Zakat merupakan rukun Islam ketiga dan satu bentuk ibadah kepada Allah SWT yang mempunyai hubungan secara langsung dengan masyarakat. Dalam Islam tidak boleh dipisahkan dengan keteguhan ikatan kepada masyarakat. Jadi, ini membuktikan ianya satu siasah harta dalam perundangan Islam.

Zakat di ambil daripada perkataan (زكا الشيء يزكو) membersihkan sesuatu, yang bererti menambah dan menyuburkan. Dikatakan (زكا الزرع وزكت التجارة اذا زاد ونما كل منهما) telah bersihlah tumbuhan dan perniagaan apabila keduanya bertambah subur. Ia juga digunakan dengan nama thaharah (pembersihan- penyucian).

Kewajipan Zakat : Menjana Ke Arah Keadilan Sosial Islam
Pengumuman
kempen membaca 2010.jpg Pertandingan Mencipta Logo Sempena Kempen Membaca PMRAM Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa dengan kerjasama Unit Biah Solehah PMRAM pada tahun ini mengisytiharkan secara rasminya  bulan September ini sebagai bulan permulaan kempen membaca PMRAM.
 
Ilmiah
dimasjid.jpg Bolehkah Bukan Islam Memasuki Masjid? Hukum berkenaan dengan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid bukanlah suatu perkara baru yang perlu di perbesarkan oleh sesetengah media massa, kerana hukum berkenaan dengan masalah ini sudah lama di perbahaskan oleh para ulamak, dan kebanyakkan di kalangan ulamak telah membenarkan bagi mereka yang bukan Islam masuk ke dalam rumah Allah S.W.T yang mulia ini. Adalah ditegaskan bahawa Islam suatu ...
Isu Semasa
kemanusiaan pakistan.jpgTHATTA Pakistan 1 Sept. - Beratus-ratus mangsa banjir yang kelaparan, menyekat sebuah lebuh raya di kawasan selatan negara ini yang dilanda banjir, menuntut kerajaan membekalkan lebih banyak makanan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang 'tiga ancaman' terhadap mangsa yang terdesak.

Krisis Kemanusiaan Di Pakistan Kritikal Sehingga 500 mangsa banjir dari kem bantuan yang dikendalikan kerajaan di bandar Thatta, di wilayah Sindh yang paling teruk dilanda banjir, menyekat jalan raya utama antara bandar karachi dan Thatta selama tiga jam bagi meminta kerajaan membekalkan makanan dan tempat perlindungan.
 
Rencana
ebook.jpgWahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa agung, menyaksikan makna tersirat dari kalam Allah SWT. Kalimah "Iqra'", yang membawa erti "Bacalah", menyimpan seribu rahsia dari mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW itu. Islam telah membuktikan bahawa bagi memahami sesuatu perkara, maka antara elemen terpenting yang perlu dilakukan adalah dengan membaca.

Membaca : Proses mendapatkan Ilmu

Membaca adalah satu proses yang menggabungkan pengetahuan bahasa, skrip, bentuk penulisan iaitu sistem penulisan, ejaan, tatabahasa dan lain-lain. Ilmu tidak akan diperolehi melainkan dengan berguru dan membaca. Justeru, langkah-langkah bagi menjadikan individu itu berilmu adalah dengan membaca. Maka, amat rugilah bagi mereka yang tidak membaca.

Kempen Membaca: Makna Dari Wahyu Pertama
Al Azhar
al-azhar mosque.jpgBagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir.

Syeikh Hafiz Salamah, Kassyaf Dalam Perang Mesir – Israel. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya’ di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya’ adalah utusan daripad...
 
Banner
 

Iklan

Iklan
 

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

TV PMRAM

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

Lagu Rasmi

Statistik

Content View Hits : 402246

PMRAM

Kalendar

Aktiviti Terkini

Fri, Sep 10th
Solat Sunat Aidilfitri
Sat, Sep 18th, @7:00am - 05:00PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (HATI) PMRAM

Tetamu

We have 33 guests online

LINK PMRAM

masjid azhar.jpg

usia 80 tahun.gif

pmcpmram10.png


satufikrah-qutuz.jpg