• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Al Azhar
Makalah Al Azhar
Syeikh Hafiz Salamah, Kassyaf Dalam Perang Mesir – Israel. PDF Print E-mail

al-azhar mosque.jpgBagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir.

Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya’ di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya’ adalah utusan daripada Allah SWT.


 
Belasungkawa Syeikhul Akbar Al Azhar, Al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid At Tantawi PDF Print E-mail

tantawi 2.jpgMeninggal akibat masalah jantung dalam usia mencecah 82 tahun.Serangan jantung tersebut dirasai ketika beliau berada di Lapangan terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid di Riyadh untuk kembali ke Kaherah, beliau dibawa segera ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir di sana. Beliau dijemput ke negara Saudi bagi menghadiri majlis anugerah pingat Al-Malik Faisal bagi penerima untuk tahun ini. Beliau memegang jawatan Syeikul Azhar yang ke-43 selama 24 tahun.

 
Sheikhul Azhar Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Riyadh, Arab Saudi PDF Print E-mail
Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi: Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi. PDF Print E-mail
Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.
 
Syeikh Syihabuddin Al-Ramli, Sang Alim Nan Pendidik PDF Print E-mail
AlAzhar.jpgSyeikh Shihabbuddin dilahirkan di Mesir pada masa kekuasaan Raja Al-Malik al-Dhohir Abi Sa'id. Ia terkenal dengan sebutan "al-Ramli", nisbat kepada desa Rimal, sebuah distrik di Kuwaisina, Manufiah. Ali Mubarak mengatakan bahwa Rimal merupakan kampung kecil, bagian dari Dimyat yang dekat dengan Maniah al-Athor ke arah masjid al-Hadhor.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM