• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Ilmiah
Makalah Ilmiah
Bolehkah Bukan Islam Memasuki Masjid? PDF Print E-mail

dimasjid.jpgHukum berkenaan dengan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid bukanlah suatu perkara baru yang perlu di perbesarkan oleh sesetengah media massa, kerana hukum berkenaan dengan masalah ini sudah lama di perbahaskan oleh para ulamak, dan kebanyakkan di kalangan ulamak telah membenarkan bagi mereka yang bukan Islam masuk ke dalam rumah Allah S.W.T yang mulia ini. Adalah ditegaskan bahawa Islam suatu agama yang menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara orang Islam dan orang bukan Islam.

 
Permasalahan: Mendoakan Kebaikan Kepada Orang Bukan Islam PDF Print E-mail

doa 1.jpgDoa adalah  salah satu bentuk ibadat dalam Islam dan ia berperanan sebagai sikap untuk menzahirkan rasa tunduk dan rendah diri kepada Allah S.W.T. dan sebagai perantara untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. Begitu juga doa adalah salah satu senjata orang Islam ketika dalam keadaan susah dan getir seperti dalam peperangan menentang orang kafir atau ketika kita diserang oleh mereka. Selain itu, kita digalakkan untuk mendoakan kebaikan sesama muslim agar kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah S.W.T.

 
Jenayah Kes Rogol PDF Print E-mail

bahana nafsu.jpgDefinisi Rogol

-Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.

-Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori". ( bawah 18 tahun ).

 
Bilangan Rakaat Solat Sunat Terawih PDF Print E-mail

solat-jamaah11.jpgSaban tahun apabila tiba sahaja kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pasti akan berlakunya perbezaan pendapat berkenaan bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih. Sesetengah pendapat yang agak keras menganggap pendapat mereka adalah yang lebih tepat, dan yang menjadi mangsa pada perbalahan ini ialah dikalangan masyarakat umum yang tidak dapat menentukan pendapat yang lebih sesuai dan tepat untuk diamalkan.

 
Hukum Bagi Kontrak 'Inah (العينة) PDF Print E-mail

canstocks.pngTakrif 'inah (العينة)

'Inah (العينة) ialah kontrak jual beli yang melibatkan 2 pihak sahaja iaitu penjual menjual sebuah barangan dalam keadaan bayaran bertempoh (hutang) kepada pembeli kemudian penjual tadi membeli kembali barangan tersebut daripada pembeli asal dengan harga yang lebih murah dengan bayaran tunai.

Contoh situasi: Ali menjual sebuah kereta kepada Ahmad dengan bayaran bertempoh berharga RM 50 ribu. Kemudian Ali membeli kembali kereta tersebut daripada Ahmad dengan bayaran tunai berharga RM 30 ribu.
Hasilnya Ali menerima faedah daripada kontark 'inah (العينة) ini dengan memiliki kereta asalnya beserta tambahan RM 20 ribu hutangnya daripada Ahmad.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM