• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Rencana
Makalah Rencana
Sejarah Yang Kita Lupakan PDF Print E-mail

Sebelum kewujudan rumah-rumah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir, Asrama Rumah Melayu ( ARMA) merupakan  tempat penyatuan mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di perlembahan Nil ini. Sejak Asrama Rumah Melayu (ARMA) siap dibina, di sana terdapatnya pejabat PMRAM dan HEWI yang  beroperasi seperti yang kita lihat hari ini. PMRAM dapat melaksanakan program-program dengan baik menggunakan kemudahan hasil titik peluh sukarelawan seramai 65 orang dan ahli PMRAM ketika dahulu. Mungkinkah sejarah yang pernah dikecapi dahulu akan berulang kembali ?.

 
Kempen Membaca: Makna Dari Wahyu Pertama PDF Print E-mail

ebook.jpgWahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa agung, menyaksikan makna tersirat dari kalam Allah SWT. Kalimah "Iqra'", yang membawa erti "Bacalah", menyimpan seribu rahsia dari mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW itu. Islam telah membuktikan bahawa bagi memahami sesuatu perkara, maka antara elemen terpenting yang perlu dilakukan adalah dengan membaca.

Membaca : Proses mendapatkan Ilmu

Membaca adalah satu proses yang menggabungkan pengetahuan bahasa, skrip, bentuk penulisan iaitu sistem penulisan, ejaan, tatabahasa dan lain-lain. Ilmu tidak akan diperolehi melainkan dengan berguru dan membaca. Justeru, langkah-langkah bagi menjadikan individu itu berilmu adalah dengan membaca. Maka, amat rugilah bagi mereka yang tidak membaca.

 
Mahasiswa Baru Dengan Formula Baru PDF Print E-mail

alazhar2.jpgMahasisawa baru sudah mula membanjiri bumi bertuah Mesir. Sudah tentu didalam benak hati masing-masing terkandung 1001 rencana yang ingin dilakukan disini. Sudah pasti juga keazaman dan juga semangat mahasiswa baru masih segar dan utuh. Itu sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya berada didalam suasana dan persekitaran yang baru membentuk satu ekspresi yang segar samada dalaman mahupun luaran. Tetapi apa yang diharapkan, ia tidak luntur dalam tempoh yang singkat. Belum lagi ‘panas punggung’ berada disini, janganlah macam-macam hal negatif yang kita lakukan

 
Puasa : Hakikat Taqwa Yang Perlu Dihayati PDF Print E-mail
kebaikanramadhan.jpgFirman Allah S.W.T. dalam  Al-Quran maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sepertimana telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”

Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. telah mewajibkan puasa kepada orang-orang beriman sebagai suatu ibadah yang dapat mendekatkan diri kepadaNya. Selain daripada menahan daripada lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa, ia juga mengajar kita agar sentiasa berusaha mencapai darjat ketaqwaan sebenar.
 
Apa Erti 80 Tahun PMRAM PDF Print E-mail

fulltime muslim.jpgSedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM