• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama Pelbagai
Berita Pelbagai
Bulan September Permulaan Kempen Membaca Peringkat PMRAM PDF Print E-mail

buku-buku-agama.jpgAlhamdulillah, Segala puji bagi allah s.w.t tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat serta  para pengikut baginda yang tidak jemu-jemu menyampaikan risalah islam ke seluruh dunia hingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan ramadhan yang merupakan bulan yang paling istimewa di sisi allah s.aw adalah anugerah yang sungguh berharga buat ummat nabi Muhammad s.a.w. Bulan yang terkenal dengan gandaan amalan yang berlipat kali ganda ini menjadi rebutan bagi mereka yang benar-benar mengimpikn syurga Allah s.w.t.

 
Badar Al-Kubra : Pertembungan Antara Tentera Allah dan Tentera Taghut PDF Print E-mail
badar1.jpgPada hari ini (17 Ramadan) tahun kedua hijrah telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang tidak wajar dilupakan oleh seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa peperangan Badar Al-Kubra yang merupakan satu pertembungan antara tentera yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan tentera kuffar Quraisy.

Peristiwa ini adalah merupakan permulaan operasi jihad al-qital di dalam Islam dan tenteranya yang berjumlah 313 orang daripada kalangan sahabat merupakan batalion syuhada yang menyaksikan seramai 14 orang sahabat Rasulullah telah menemui syahid. Bermula peperangan ini gerakan jihad di dalam Islam tidak pernah berakhir dan akan berterusan sehinggalah hari Qiamat.
 
Tingkatkan Penghayatan Terhadap Al-Quran - Timbalan Presiden PMRAM PDF Print E-mail

al-quran1.jpgAl-Quran merupakan mukjizat teragung yang diberikan oleh Allah SWT ke atas Nabi SAW dalam menjadikan pedoman dan petunjuk kepada manusia sekalian dalam membezakan antara yang hak dan batil. Hal ini ada disebutkan di dalam firman-Nya yang bermaksud :

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dan yang batil. - Surah Al-Baqarah : 185

Jelas kepada kita bahawa Al-Quran yang diturunkan adalah bertujuan dalam memantapkan fikrah manusia mengenai agama Islam itu sendiri. Sebab itu ia juga digelar Al-Furqan iaitu pembeza antara yang hak dan yang batil.

Akan tetapi penghayatan masyarakat umum masih kurang bahkan ada yang sekadar mengambil Al-Quran sekadar ayat jampi berubat dan menghalau makhluk halus semata-mata tanpa meneliti isi kandungan yang dibawa.

Bahkan lebih teruk lagi apabila mushaf Al-Quran yang dibeli sekadar menjadi penghias di rumah atau kenderaan masing-masing.

 
Puisi : Ramadhan PDF Print E-mail

ramadan_wallpaper_4.jpgRamadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

 
Jaulah Ukhuwwah : Unit Biah Solehah PMRAM Ke Tanta PDF Print E-mail

ubs pmram ke tanta.jpgAlhamdulillah, selautan kesyukuran kita rafa’kan kehadrat Allah S.W.T kerana keizinan Nya kita diberi kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh keampunan kerahmatan dan tidak tertolak doa dari Allah S.W.T pada tahun ini.

Walaupun pada tahun ini,Ramadhan jatuh pada musim panas, tidak bermakna bahawa lapangan dakwah perlu diteduhkan atau direhatkan sementara.“Sepanas Terik Mentari Seterik Itulah Semangat Dakwah Yang Membara Dihati Para Pejuang Agama Allah”

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Page 1 of 6

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM