• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama HEWI
Berita HEWI PMRAM
Tirai Ramadhan Hampir Berlabuh PDF Print E-mail

ramadan2010.jpgAlhamdulillah segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mentadbir semesta alam ini. Hari-hari yang dilalui dari sepuluh malam yang pertama hingga menjelang malam yang terakhir, kita masih lagi diberi peluang olehnya untuk menunaikan kewajipan kita kepada yang Esa.

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya maka akan menangisilah hamba-hamba yang sentiasa merinduinya, namun disebalik pemergiannya itu sejauh manakah amalan serta pengabdian kita kepada yang Esa. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima segala amalan puasa kita di bulan ini. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan ini seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan al-Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

 
HEWI PMRAM Terus Memainkan Peranan Dalam Aktiviti Kebajikan PDF Print E-mail
beritahewi.jpgKAHERAH, 29 Ogos – Hari ini wakil HEWI PMRAM Saudari Samihah binti Abdullah (Ketua Unit Muhafazah), Saudari Maisarah binti Yusof (Timbalan Setiausaha HEWI) dan Saudari Nurul Izzah binti Abdullah (Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan) telah meneruskan aktiviti dengan menziarahi puteri kepada pasangan Saudari Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya dan Saudara Che Engku Omar bin Che Engku Mahmod.
 
Seminar Feqhul Khamsah : Pendedahan Elemen Penting Buat Mahasiswa PDF Print E-mail

beritahewi.jpgKAHERAH, 22 Ogos - Bertempat di Rumah Selangor, satu program yang membentuk pemikiran segar telah dianjurkan oleh Kelab Daie BKASM. Seminar yang berlangsung selama 2 hari itu membentangkan kertas kerja mengenai Fiqhul Khamsah.

Menyedari kepentingan memahami ilmu tersebut, program itu dianjurkan bagi memantapkan fikrah ahli.

Antara yang dibentangkan adalah Fiqh Maqasid, Fiqh Aulawiyyat, Fiqh Waqi’, Fiqh Muazanat dan Fiqh Tagyir. Timbalan Pengerusi HEWI, Saudari NorHafiza Abdul Wahab turut menjadi pengisi bagi seminar tersebut. Beliau membentangkan tentang Fiqh Muazanat, yang membincangkan antara perbandingan yang perlu dibuat di antara Al-Masalih dan Al-Mafasid.

 
TARAWIH : Eratkan Antara HEWI PMRAM dan WIHDAH PDF Print E-mail

beritahewi.jpgKAHERAH, 22 Ogos - Tafakur Ramadhan WIHDAH - PPMI atau dikenali dengan TARAWIH telah diadakan di Wisma Nusantara, yang menempatkan pelajar-pelajar Indonesia, berhampiran kawasan Raba’ah. Program yang bermula pada jam 4.30 petang itu dianjurkan sendiri oleh WIHDAH dan PPMI, yang merupakan persatuan mahasiswa Indonesia.

Barisan kepimpinan HEWI PMRAM turut dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Antara pimpinan yang hadir ialah Saudari Ibtisam Mohamad, Saudari Hurriyyah Abdul Mokti, Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi, Saudari Huzaifa Hassan dan Saudari Nik Norazma Nik Abdullah. Program yang bertemakan

 
Ziarah HEWI PMRAM Di Bulan Ramadhan PDF Print E-mail

beritahewi.jpgKAHERAH, 19 Ogos - Barisan Kepimpinan HEWI PMRAM Pusat 2010 meneruskan lagi agenda kebajikan di bulan Ramadhan ini dengan mengadakan aktiviti ziarah ke rumah mutazawwijin. Aktiviti ziarah ini dibawah seliaan Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan dan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM.

Beberapa kepimpinan telah turun ke Hayyu ‘Asyir dan Hayyu Sabie’ bagi meneruskan aktiviti ziarah tersebut antaranya iaitu Saudari Samihah Abdullah, Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi, Saudari Atiyqah Yusof, Saudari Nor Hasyimah Hassan dan Saudari Nurul Izzah Abdullah.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 12

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM