• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama PMRAM
Berita PMRAM
PMRAM Bersama KPT Mesir Di Majlis Berbuka Puasa PDF Print E-mail
kpt mesir.jpgKAHERAH, 5 Sept – Majlis berbuka puasa bersama pertubuhan dan agensi luar diteruskan lagi oleh PMRAM. Kali ini PMRAM mendapat undangan khas daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjurannya.

Majlis berbuka puasa itu telah diadakan di atas kapal yang diberi nama Kurnish Nile bertempat di Mesir Jadidah.PMRAM yang dihadiri oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM, Saudara Mohd Adlan bin Mokhtaruddin, Naib Presiden 1 dan beberapa orang lagi Badan Pengurus yang lain antara tetamu asing yang turut diraikan dalam majlis tersebut.
 
Kenyataaan Rasmi : Daurah Soifiyyah PMRAM Cawangan Kedah PDF Print E-mail

logopmram.jpgPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya menyedari bahawa para ulamak merupakan pewaris perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Maka, ilmu dan thaqafah merupakan kekuatan yang yang telah disebutkan sebagai salah satu daripada enam tunjang kekuatan PMRAM.

 
Raikan Aidilfitri Bersama PMRAM PDF Print E-mail

klcc-reka.jpgKAHERAH, 6 September - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dibawah anjuran Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM akan mengadakan Haflah Aidilfitri HATI ’10 PMRAM bertemakan “ Aidilfitri Dirai Ukhuwah Dipatri” yang bertempat di Dataran Haiyyu Asyir pada 18 September 2010 bersamaan 9 Syawal 1431H.

Program yang berkonsepkan Raya Ala Kampung ini bertujuan  menghimpunkan seluruh mahasiswa/wi  di perlembahan Nil ini sebagai tanda kebersamaan diantara BKAN & DPM terhadap PMRAM, seluruh penuntut dari Pengajian Islam mahupun Perubatan dijemput hadir  bagi menjayakan program tersebut.

 
Iklan Raya Aidilfitri TV3 : PMRAM Kesal PDF Print E-mail

iklan raya tv3.pngKAHERAH, 6 September - Stesyen Swasta Televisyen TV3 telah menarik balik siaran iklan yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh negara. Siaran yang memaparkan iklan sempena Hari Raya tahun ini mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah umat Islam.


Difahamkan, iklan yang menelan kos penerbitan RM200,000 dan menggunakan Teknik Janaan Pengimejan Komputer atau Computer Generated Imaging (CGI) itu telah menampilkan babak seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki salju Santa Claus.

 
Lautan Mahasiswa Di Dataran Hayyu Asyir PDF Print E-mail

ihtiram pmram 1.jpgKAHERAH, 6 September - Lautan mahasiswa memenuhi Dataran Hayyu Asyir pada hari yang ke 25 Ramadhan.

Program Ihya' Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM) yang berlangsung selama 5 hari berturut-turut itu mendapat perhatian mahasiswa dan mahasiswi yang berada di seluruh pelusuk Mesir.

Hampir 1500 orang memenuhi Dataran Hayyu Asyir bagi menjayakan program pada hari terakhir itu.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 76

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM