• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama PMRAM Road Show Dana Syaqah dan Hisbah Mendapat Perhatian
Road Show Dana Syaqah dan Hisbah Mendapat Perhatian PDF Print E-mail

04022010184.jpgKaherah, 4 Februari - Road Show Dana Syaqah dan Hisbah diteruskan lagi setelah ditangguhkan sementara kerana memberi laluan kepada peperiksaan. Road Show tersebut telah diadakan di rumah BKAN Perak di Wisma A pada jam 8 malam. Road Show tersebut melibatkan Naib Presiden 1, Saudara Mohd Azrul Ismail yang menerangkan mengenai hisbah dan gejala sosial yang semakin menular di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. Manakala Naib Presiden 3, Saudara Zuhaili Saiman, menerangkan mengenai kronologi Misi Syaqah PMRAM beserta tayangan dokumentari selama 13 minit. Turut hadir di dalam majlis tersebut, Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, saudara Mohd Labib Abd Jalil, selaku moderator pada malam tersebut. Majlis Road Show tersebut berlangsung selama 1 jam dan para hadirin diberikan laluan bagi mengutarakan apa jua bentuk soalan yang berkaitan.

Road Show tersebut akan diteruskan di BKAN Kedah pada 10 Februari ini, selepas solat Maghrib. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai penjadualan Road Show, bolehlah terus melayari blog rasmi Dana Syaqah PMRAM di www.dana-apartmen.blogspot.com

 

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM