|
Kaherah, 3 Februari - beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM mengadakan pertemuan dengan Pentahqiq Kitab Jailani, Syeikh Muhammad Fadhil At-Tilani, di Pameran Kitab. pertemuan itu diadakan pada sekitar jam 2.30 petang.
Anggota Badan Pengurus PMRAM yang menghadiri pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan yang juga merupakan bakal Presiden PMRAM bagi sesi 2010 akan datang, Saudara Zuhaili Saiman, Saudara Abdul Malik Abdul Karim dan Saudara Azlan Alias.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan untuk mengadakan satu pogram khusus bersama Syeikh Muhammad Fadhil At-Tilani sebelum beliau pulang ke Turki pada Selasa ini. dalam perbincangan tersebut, Syeikh Muhammad Fadhil At-Tilani bersetuju dengan pogram tersebut pada 7 feb, Ahad. di samping itu, kitab karangan beliau turut akan dijual pada hari pogram tersebut iaitu kitab Nahr Al-Qadiriah. insyaallah segala pengiklanan bagi tempat dan pogram tersebut akan dimaklumkan melalui iklan yang akan dibuat.

|