| Rehlah Ke Semenanjung Sinai HEWI PMRAM Kembali Lagi |
|
|
|
Makluman Kepada Seluruh Ahli PMRAM (Siswi) khususnya dan seluruh mahasiswi Malaysia amnya, Unit Sambutan Dan Rehlah HEWI PMRAM 2009, sekali lagi akan menganjurkan rehlah ke Semenanjung Sinai yang diberi nama Rehlah Tarbawiyah HEWI PMRAM Ke Semenanjung Sinai 2010 (SENTERI '10). Rehlah yang akan dianjurkan pada 22 hingga 24 Februari 2010 itu, akan menjelajah ke Semenanjung Sinai.
Antara tempat-tempat yang bakal dilawati adalah seperti Uyun Musa, Kubu Tentera Israel, Maqam Nabi Saleh, Maqam Nabi Harun, St. Catherine (mendaki), Wadi Arbaein dan beberapa lagi tempat-tempat menarik yang bakal dilawati.Yuran Pendaftaran adalah sebanyak LE 320 untuk rehlah selama tiga hari ke tempat -tempat yang menarik bakal dituju. Kepada yang berminat, bolehlah mendaftarkan diri melalui Unit Sambutan Dan Rehlah (USR) BKAN dan DPM masing-masing sebelum 2 Februari 2010. Bagi sebarang permasalahan atau maklumat lanjut, sila rujuk kepada Saudari Fauziah binti A. Rahman di talian +20116914895 atau Saudari 'Izzati Farhana binti Mahadzir di talian +20116032843. ![]() |