| Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin Dipecah Masuk |
|
|
|
Hayyu Thamin, 25 Disember - Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin telah dipecah masuk ketika Solat Jumaat berlangsung. Kejadian ini diketahui selepas 30 minit sejurus kejadian berlaku. Kes ini disyaki dilakukan oleh warga Arab Mesir ekoran kekosongan Rumah Johor tersebut ketika semua penghuni siswa keluar menunaikan Solat Jumaat dan beberapa ahli yang lain keluar mengikuti Jaulah Maqam di sekitar Kaherah.
Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Johor MEsir (BKPJM), Saudara Basir yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa pencuri telah memecah masuk melalui pintu pagar belakang kemudian melarikan diri melepasi tingkap di salah sebuah bilik, berdasarkan tanda-tanda yang dapat dikesan. Kes kecurian tersebut melibatkan 5 buah komputer riba, beberapa buah telefon bimbit dan sebuah MP3 telah dicuri. Pihak PMRAM bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat berita tersebut bagi mendapatkan maklumat penuh dan meninjau di sekitar tempat kejadian. Turut hadir ialah Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz, Zuhaili Saiman, Adlan Mokhtaruddin, Meor Khairul Anuar, Ahmad Taufiq Dahlan dan Jamal Najmuddin. Sebelum meninggalkan tempat kejadian, Presiden PMRAM menasihati agar segera membuat laporan polis dan meminta agar setiap kali pada Hari Jumaat khususnya pihak siswi menjaga rumah. Dan akhir sekali, sedikit sumbangan disalurkan oleh Saudara Zuhaili Saiman kepada YDP Johor, Sauadara Basir bagi meringankan beban mangsa kejadian. ٍٍSebarang bantuan kewangan boleh terus disalurkan melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM di Pejabat PMRAM, UNit Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM di Markaz HEWI atau terus melalui Unit Kebajikan BKAN Johor. |