|
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan PMRAM menjemput semua mahasiswa dan mahasiswi di Mesir samada pengajian Islam mahupun Perubatan untuk hadir bersama -sama melaungkan takbir dan solat sunat Hari Raya Aidiladha pada Jumaat, 27 November 2009 pada jam 7.00 pagi bertempat di Masjid Musa Ibn Nusair Haiyyu Sabie' Madinah Nasr Kaherah. Jamuan ringan disediakan. Semoga kita dapat memperkukuhkan ikatan ukhuwah kita bersama. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARI BADAN PENGURUS PMRAM DAN AJKT HEWI PMRAM. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
|