• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama PMRAM Road Show Dana Syaqah Dan Hisbah Diteruskan
Road Show Dana Syaqah Dan Hisbah Diteruskan PDF Print E-mail
Kaherah, 9 November - Pihak Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, meneruskan Road Show Dana Syaqah dan Hisbah atas kerjasama Unit Kebajikan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) di Asrama Terengganu, Hayyu 'Asyir kelmarin. Road show yang diadakan ini, merupakan kesinambungan yang telah dijalankan pada 25 Oktober 2009 di Shoubra.

span style="color: #000000;">Road show tersebut merupakan inisiatif yang digabung jalin atas usaha serta idea daripada Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM bagi membangkitkan beberapa perkara yang sangat penting untuk diketahui.

Berkenaan dengan Road Show Dana Syaqah, ia merupakan siri penjelajahan bagi memastikan penerangan bagi Misi Syaqah PMRAM dengan lebih jelas dan meluas. Ini disebabkan oleh masa yang berbaki bagi menjayakan misi tersebut kurang daripada 2 bulan.

Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009 berkata, "Bagi kita, road show yang bakal diadakan di Kaherah dan setiap muhafazah ini, merupakan agenda yang besar dan ia memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu dalam memainkan suasana berkenaan Misi Syaqah PMRAM."

Begitu juga dengan Road Show Hisbah yang dijalankan bersama, ia merupakan penerangan isu yang berlaku secara rasmi daripada Unit Hisbah PMRAM dalam menangani isu-isu permasalahan akhlak serta sosial yang berlaku di kalangan ahli PMRAM khususnya dan seluruh mahasiswa yang menuntut di Mesir amnya. justeru, ia diadakan selepas pelbagai kes yang melibatkan salah laku hisbah meningkat saban tahun.

"Kita mengharapkan siri-siri penjelajahan bagi penerangan isu hisbah ini berjaya dan mencapai matlamat yang kita sasarkan sekaligus ia dapat mengurangkan kes salah laku akhlak serta sosial yang berlaku. Harapan untuk semua, kita mengharapkan gembelengan semua pihak tidak kira dari jurusan Pengajian Islam mahupun Perubatan, agar dapat memainkan peranan sabagai pemberi maklumat serta "mata-mata" Hisbah dalam menggerakkan kerja-kerja amar makruf dan nahi munkar ini," ulas Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2009, Saudara Mohd Azrul bin Ismail.