• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • green color
  • red color
Utama HEWI Kepimpinan HEWI PMRAM Menziarahi Beberapa Pasangan Mutazawwijin Di Iskandariah
Kepimpinan HEWI PMRAM Menziarahi Beberapa Pasangan Mutazawwijin Di Iskandariah PDF Print E-mail
Iskandariah, 13 Oktober -Setiausaha HEWI PMRAM, Saudari Norhafiza Abdul Wahab selalu pemangku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2009, telah menziarahi dua pasangan mutazauwijin Iskandariah. Beliau telah ditemani oleh Pengerusi DPMI, Saudari Rabiatul Hazirah Ramli dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudari Nurul Bazilah binti Hussin. Saudara Samsudin dan pasangannya akan pulang bercuti di Malaysia dengan ditemani oleh seorang putera kesayangan mereka. Manakala dengan kepulangan pasangan ini, akan memceriakan dan menggembirakan datuk dan nenek si comel.

Pada sebelah petangnya lagi, kepimpinan hewi terus bergerak ke rumah pasangan Encik Mustaqim dan Puan Erma Aznita. Mereka mengucapan tahniah kepada kedua pasangan ini kerana telah menimbang cahaya mata pada 5 Oktober yang lalu, puteri sulong itu digelar sebagai Ai’syul Insyirah. Sedikit sumbangan cenderahati daripada PMRAM telah diberikan untuk kegunaan anak iaitu Insyirah.

Pada keesokan harinya lawatan diteruskan lagi oleh kepimpinan HEWI PMRAM yang ditemani pula oleh Pengerusi DPMI, Saudari Rabiatul hazirah Ramli, Ustazah Nursyarah Samsudin selaku penasihat 1 DPMI 09/10. Kunjungan pertama ke rumah Mandub DPMI, Ustaz Zulfauz dan pasangan ini akan menyambut cahaya mata kedua pada penghujung bulan November yang tidak lama lagi.Kemudian kami meneruskan kunjungan berikutnya ke rumah Ustaz Khairul Nizam dan pasangannya Ustazah Nurul Hudda, pasangan ini telah dikurniakan  2 orang puteri yang comel iaitu Hamizah dan Husna. Akhirnya kepimpinan Hewi ke rumah Ustaz  Khairul Alimi dan pasangannya Ustazah Diana serta anak mereka Asmu’ie.Mereka semua merasa gembira dengan kunjungan kepimpinan Hewi ke rumah mereka.
 

Majalah Rasmi PMRAM

ads di web.png

KITA PMRAM

hewi 135x135.png

youtubepmram.png

1 fikrah 1 amal 1.jpg

fikrah dan syakhsiah.jpg

bencimaksiat.jpg

PMRAM