| Ustazah Fitri Nurul 'Ain-Mahasiswi Mithali |
|
|
|
|
Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang (FKAMC) ke-16 tanggal 22 Oktober lalu telah menganugerahkan kepada Ustazah Fitri Nurul 'Ain Nordin sebagai Mahasiswi Mithali PMRAM 2008. Berikut ialah biodata beliau: Ustazah Fitri Nurul 'Ain bt. Nordin dilahirkan pada 1 Syawal 1405 hijrah bersamaan 20 Jun 1985 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Negeri Sembilan tetapi dibesarkan dan menetap di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.
Ayahnya sudah bersara manakala bondanya bekerja sebagai pengendali sistem komputer. Mendapat pedidikan awal bermula di Tadika Batu Kikir, Negeri Sembilan dan kemudian meneruskan pengajian rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Agama Seksyen 19, Shah Alam. Dengan mendapat keputusan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Jayyid Jiddan dalam SPRA, beliau meyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampaun Jemaah, Sungai Besar, Selangor dnegan pencapaian akademik 7A 2B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 8A 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam. Dengan keputusan Mumtaz, memohon menyambung pengajian Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar dalam Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Setelah mengharungi ujian getir dalam jabatan ini, beliau telah menamatkan pengajian sesi Mei 2008 dengan pencapaian Jayyid Jiddan pada tahun pertama dan kedua manakala pada tahun ketiga dan keempat dengan pangkat Jayyid. Moto hidup beliau ialah "Discipline is the key to success" manakala membaca dan melancong merupakan hobi beliau. Beliau sangat teruja dalam seni bela diri, kemahiran teknikal dan komputer. Beliau menyertai PMRAM sebagai ahi biasa dan AJK kecul. Pernah dilantik sebagai Exco Pendidikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan ARMA. Kunci terbesar ketika menghadapi peperiksaan adalah mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan daripada awal dan bersistematik sepanjang tempoh pengajian.
|