


Assalamualaikum Warahmatullah...
Road Show Dana Syaqah dan Hisbah Mendapat Perhatian
Kaherah, 4 Februari - Road Show Dana Syaqah dan Hisbah diteruskan lagi setelah ditangguhkan sementara kerana memberi laluan kepada peperiksaan. Road Show tersebut telah diadakan di rumah BKAN Perak di Wisma A pada jam 8 malam.
Rehlah Ke Semenanjung Sinai HEWI PMRAM Kembali Lagi
Makluman Kepada Seluruh Ahli PMRAM (Siswi) khususnya dan seluruh mahasiswi Malaysia amnya, Unit Sambutan Dan Rehlah HEWI PMRAM 2009, sekali lagi akan menganjurkan rehlah ke Semenanjung Sinai yang diberi nama Rehlah Tarbawiyah HEWI PMRAM Ke Semenanjung Sinai 2010 (SENTERI '10). Rehlah yang akan dianjurkan pada 22 hingga 24 Februari 2010 itu, akan menjelajah ke Semenanjung Sinai....
Shoubra: Kolokium Siri Pertama Mendapat Sambutan
Dauron Shoubra, 18 November - Seramai kira-kira 40 orang pelajar tahun satu telah menyertai Program Kolokium Ilmuan (Q) PMRAM yang telah dianjurkan oleh pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan. Program yang diadakan ini merupakan program tahunan yang dikhususkan kepada semua mahasiswa tahun satu. Program bermula kira-kira jam 8.00 malam selepas selesai menunaikan solat...
Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin Dipecah Masuk
Hayyu Thamin, 25 Disember - Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin telah dipecah masuk ketika Solat Jumaat berlangsung. Kejadian ini diketahui selepas 30 minit sejurus kejadian berlaku. Kes ini disyaki dilakukan oleh warga Arab Mesir ekoran kekosongan Rumah Johor tersebut ketika semua penghuni siswa keluar menunaikan Solat Jumaat dan beberapa ahli yang lain keluar mengikuti Jaulah Maqam di sekitar K...
Memperingati Setahun Kekejaman Rejim Israel
Mereka sentiasa berperang, kita?
"Hasbiallahu wa Nikmalwakil", kemuliaan ke atas pejuang-pejuang Palestin yang berjaya mempertahankan hak dan maruah umat Islam. Seiring dengan permulaan tahun baru Islam, pasti siri catatan lepas menjadi pemangkin untuk meneliti dan membangkitkan semangat untuk terus mengorak langkah memperjuangkan risalah Islam. 27 Disember 2008, berlaku satu tragedi diluar batas...
Ceramah Ilmiah Bersama Syeikh Muhammad Fadhil Al-Jailani Al-Hasani
Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2009, julung-julung kalinya akan menganjurkan Ceramah Ilmiah Bersama Fadhilatu Sheikh Dr. Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani At Tailani Al Jamazraqi, iaitu seorang syeikh yang bertanggungjawab dalam mentahqiq sebuah kitab muktabar iaitu kitab Tafsir Jailani yang dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah dan mempunyai 6 jilid kitab....
Draf Cadangan Penyelesaian Isu Saudara Mohd Ridzuan Abdullah Dan Keluarga
1. PENDAHULUAN
Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah
Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
Hak penjaga...
Merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah bagi non muslim di Malaysia, Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL) mengutarakan pandangan para ulama' berkenaan isu tersebut dan syor dari MANHAL.
“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan
Sayyid Nuh, Pendakwah Bersifat Rabbani
Maka Allah akan datangkan kepada manusia, pewaris-pewaris bagi tugas-tugas para Nabi dan Rasul yang disebut oleh Nabi sebagai Warathatul Anbiya’, yang menjalankan tugas yang sama dilakukan oleh golongan para Anbiya’ dengan menyampaikan segala yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang keji dan munkar, ia dilakukan semata-mata untuk menyeru manusia seluruhnya untuk menjadi hamba All...